Home Mangolian Beef | Dapur Rasa Live

Mangolian Beef | Dapur Rasa Live

Dah buntu tak tahu nak masak apa lagi untuk keluarga? Boleh cuba masak resipi yang dikongsi oleh Azian Hasan iaitu Mangolian Beef. Cukup mudah untuk disediakan. Sesuai untuk anda yang sedang bekerja dari rumah. Sekejap je dah siap masak.

MANGOLIAN BEEF

BAHAN-BAHAN:
800gm daging batang pinang
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil minyak bijan
10 tangkai cili kering
3 inci halia muda
6 ulas bawang putih
5 tangkai daun bawang

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan tepung jagung dan perap sebentar.
2. Sementara itu panaskan minyak dan masukkan halia dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan daun bawang dan kemudian cili kering. Kacau sebati.
4. Di dalam mangkuk, campurkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbuk lada sulah, minyak bijan, gula perang dan garam. Kacau.
5. Masukkan daging ke dalam kuali.
6. Tuang sos tadi dan kacau rata.
7. Masak sehingga daging lembut.

#majalahrasa #rasashare #mangolianbeef #fblive #dapurrasa



Video Berkaitan