Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Acar Ikan Talang Masin

Acar Ikan Talang Masin

Anda suka makan Acar Ikan Talang Masin tapi tak berani nak masak sendiri sebab rasa susah? Cuba resipi ni. Paling ringkas dan sangat mudah. Guna BESTARI Pracampur Serbuk Kari Segera Daging memang terbaik hasilnya. Tak perlu tambah rempah lain dah. Sangat berbaloi untuk dicuba.

ACAR IKAN TALANG MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ikan masin ikan talang – rendam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin
  • 100gm lobak asin – potong kecil
  • 10 biji bawang merah – belah 2
  • 10 ulas bawang putih – belah 2
  • 1 inci halia – dihiris memanjang
  • 20 biji cili padi
  • 2 sudu makan kismis
  • 2 sudu makan buah pala kering
  • 1 sudu makan BESTARI Pracampur Serbuk Kari Segera Daging
  • 1 cawan cuka
  • ½ cawan air
  • 1 1/2 cawan gula merah @ gula biasa
  • Garam jika perlu

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan cili kering kisar

Tonton cara memasak dalam video di bawah ini. Selamat mencuba!

#RasaSeBestBestari #majalahrasa #rasashare #acarikantalangmasin #resipi #recipe



Video Berkaitan