Sangat Sedap Sampai Menambah Nasi! Daging Masam Manis Ni Memang Padu
Lauk ni nampak macam ala-ala paprik tapi lagi best. Kalau dalam peti sejuk ada daging, boleh masak untuk makan tengahari. Rasa masam, manis dan sedikit pedas, sesuai sangat makan dengan nasi putih panas, Jom cuba!
DAGING MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
400gm daging – rebus & hiris nipis
1 inci halia – rebus dengan daging
1 biji bawang holland – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 biji cili merah – hiris
1 sudu besar gula – sesuaikan rasa
Sedikit garam
1 kuib pati ayam
1/2 biji jus limau nipis
3 sudu besar pes cili kering
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar tomato puri
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
SAYUR:
Kacang panjang
Bunga kubis
Putik jagung
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #dagingmasammanis #ResipiTradisional #MakananMalaysia
