Udang Sambal Santan Daun Kunyit. Pedas Yang Menyelerakan!

Share

Kalau sebut lauk berkuah santan, ramai terus terbayang ayam atau ikan. Tapi sebenarnya, udang masak sambal santan daun kunyit ni antara lauk yang jarang dibuat tapi rasa dia luar biasa sedap!

Bayangkan aroma daun kunyit yang wangi, kuah santan pekat lemak manis, dan rasa pedas sambal yang sebati dengan isi udang segar, memang kombinasi padu!
Resepi ni sesuai sangat untuk makan tengah hari atau makan malam dengan nasi panas, ditambah sedikit ulam dan sambal belacan confirm licin pinggan!

Udang Sambal Santan Daun Kunyit

BAHAN KISAR HALUS:

10 biji bawang merah
6 ulas bawang purtih
15 biji cili padi merah + hijau
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
Sedikit air

BAHAN-BAHAN TUMIS:

Minyak Secukupnya
2 batang serai
4 helai daun limau

BAHAN-BAHAN LAIN:

700 gram udang ukuran besar
1 sudu besar gula merah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
65 ml santan
100 ml air
2 helai daun kunyit – diiris nipis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

Tips & Variasi Resepi:

  • Gunakan udang saiz besar (udang harimau atau udang galah) untuk rasa lebih manis dan juicy.

  • Kalau nak lebih pedas, tambah cili padi merah masa menumis.

  • Santan segar bagi rasa lebih asli berbanding santan kotak.

  • Masak guna api kecil supaya santan tak pecah dan sambal lebih berlemak.

  • Nak versi kampung? Tambah hirisan serai dan sedikit asam keping

    untuk aroma tambahan.

Kalau tengah cari lauk yang simple tapi padu rasanya, inilah dia, Udang Sambal Santan Daun Kunyit! Kuahnya berlemak, pedas, wangi, dan udangnya segar, cukup lengkap satu hidangan.

Sekali cuba, memang boleh buat tambah nasi berkali-kali. Jadi lain kali bosan dengan menu harian, cuba resepi ni… confirm jadi lauk kegemaran keluarga!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin