Ubi Keledek Buat Bubur Pun Sedap, Letak Sekali Sagu. Cara Buat Mudah 20 Minit Siap!

Share

Selalu ubi keledek ini kita goreng, rebus atau diolah untuk buat kuih. Tapi ubi manis ini juga sedap kalau dibuat bubur. Letak pula sagu memang enak.

Pencuci mulut ini juga mudah untuk dibuat, potong keledek dan masuk semua bahan dalam periuk. Tunggu 15-20 minit dah siap kalau ikut cara perkongsian Ameera

ini.

Cara buat ubi keledek bersagu

Ini resipi bubur ubi keledek merah bersagu cara saya. Tak perlu masa yang lama, 10 minit boleh siap untuk pencuci mulut ini.

 

1. Potong ubi ikut cara masing-masing. Bersihkan Potong kecil senang nak makan.

2. Masukkan air dalam periuk bersama dengan keledek dipotong. Masukkan sekali 1 ketul gula kabung.

3. Letak 2-3 helai daun pandan dan masak sehingga ubi lembut.

4. Bila ubi keledek sudah lembut, masukkan santan. Saya guna santan segar.  Biar pekat barulah sedap. Masukkan juga sedikit sagu.

5. Kemudian, masukkan empat sudu gula putih. Kacau sehingga menggelegak dan sagu jernih. Siap.

 

Selamat mencuba.

Sumber: Ameera

 

IKLAN