Tteokbokki, Sajian Popular Korea Yang Mudah Dibuat

Share

Buat peminat Kdrama, hidangan tteokbokki ini pastinya tidak asing lagi.

Sering dihidangkan dalam kebanyakan adegan drama Korea, pastinya ada yang teringin untuk merasai bagaimana tekstur tteokbokki ini. 

Menerusi perkongsian daripada Zurina Zulkefli ini, cara membuat tteobokki ini mudah saja sebenarnya. Bolehlah mak-mak buat bersama anak-anak di rumah.

 

RESIPI CARA BUAT TTEOKBOKKI

BAHAN BUAT RICE CAKE:

1 cawan tepung pulut (nak guna tepung beras pun boleh) – beli online di sini
2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini


Secubit garam halus
Air (tiada sukatan, perlu dituang sedikit demi sedikit untuk dijadikan doh)

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

TONTON  Dapur Rasa Live:  Roti Pintal Kurma  

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan dan jadikan adunan doh yang padu.


2. Uli doh secara memanjang dan potong berbentuk silinder. Kemudian, kukus selama 10 minit.


3. Jadilah rice cake atau kek beras. Setelah kukus, sila rendam rice cake ke dalam air sejuk untuk kekalkan kekenyalan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN UNTUK KUAH TTEOKBOKKI:

1 paket kecil serbuk cili Babas (dibancuh dengan air sehingga menjadi pes)
4-6 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) – beli online di sini


1 sudu kecil garam – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

CARA-CARA:

Campurkan semua dan gaul sehingga sebati.

CARA MEMASAK TTEOKBOKKI:

1. Sediakan kuali leper dan masukkan setengah cawan air.
2. Letak semua pes cili

yang dibuat sebentar tadi dan kacau sehingga kuah mendidih.


3. Masukkan 3 sudu sos pedas Korea jenama Adabi untuk dapatkan rasa yang pedas. Pes cili tadi tak pedas sangat, jadi perlu tambah.


4. Masukkan rice cake tadi dan gaul rata.


5. Bahan sampingan adalah daun bawang, lobak merah dan kobis. Masukkan semuanya ke dalam masakan dan biarkan sayur sehingga empuk.


6. Siap. Sebarang rasa masin dan manis terpulang citarasa masing-masing ya.
7. Taburkan biji bijan, hirisan daun bawang dan telur rebus.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN