Tomyam Putih Versi Thai. Sangat mudah Dan Menyelerakan

Share

Tomyam putih versi Thai ini sangat mudah dimasak namun amat menyelerakan.

Tomyam ada beberapa jenis. Ada yang berwarna merah dan ada yang berwarna putih/jernih. Ikut selera masing-masing.

Tomyam putih ini memang simple tapi rasanya sangat sedap. Tak kalah sedapnya daripada tomyam merah. Nak cuba masak? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini. Campak-campak dah siap! Tak susah pun. Bahan pun hiris-hiris je…

Tomyam Putih Versi Thai

Bahan-bahan:

Sedikit isi ayam (potong kecil)

2 batang serai (titik) – boleh beli online di sini

1 labu bawang merah besar (hiris)

Lengkuas (hiris) – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini

2 kiub ayam – boleh beli online di sini

1 biji tomato (potong 6)

2 sudu makan sos ikan – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

2-3 cili padi (terpulang tahap kepedasan) – boleh beli online di sini

1 labu bawang Holland (potong bulat) – boleh beli online di sini

Daun limau purut (buang urat tengah) – boleh beli online di sini

1 sudu makan jus limau nipis (kalau nak lagi masam. Ada yang siap di pasaran)

Sedikit daun ketumbar (hiris halus)

Sayur-sayuran (bunga kubis, lobak merah, jagung muda. Terpulang pada masing-maaing)

Air

Cara Memasak:

Masukkan air ke dalam periuk. Jumlahnya agak-agak sendiri, berapa banyak kuah kita nak. Dah mengelegak masukkan hirisan lengkuas.

Kemudian masukkan serai yang diketuk dan bawang merah besar.

Tambah bawang putih, kiub ayam dan juga isi ayam. Kalau nak masukkan sotong atau udang sekali pun boleh. Terpulang. Kacau.

Masukkan hirisan cili padi dan daun limau. Urat buang ye, nanti pahit. Tambah sayur-sayuran dan hirisan tomato.

Perah sedikit limau nipis dan masukkan pula dua sudu makan sos ikan. Tambah lagi jus limau.

Tambah hirisan bawang Holland, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Biarkan sekejap.

Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN