Tomyam Putih Ala Thai Resipi Sihat Tanpa Pes, Sedap Hirup Panas-Panas

Share

Sedapnya dapat hirup panas-panas kuah Tomyam Putih Ala Thai ini. Masak satu lauk ini saja pun dah cukup. Berselera betul dapat makan dengan nasi putih. Makan dengan bihun pun sedap juga. Buat pedas sikit.

Menu ini resipi sihat, menggunakan kaedah rebusan. Cara membuatnya memang mudah dan cepat. Bahan pun mudah diperoleh. Tak perlu guna sebarang pes pun dah sedap.

Jom cuba buat menerusi resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini.

BAHAN-BAHAN:

Ayam (dipotong kecil-kecil)

Lengkuas (dihiris) – Boleh beli online di sini

Bawang Holland (dihiris) – Boleh beli online di sini

Serai (diketuk) 

Bawang putih (diketuk) – Boleh beli online di sini

Jus limau – Boleh beli online di sini

Cili api (dibelah dua)

Tomato (dibelah 6 atau 8) – Boleh beli online di sini

1 sudu gula

Sedikit garam

Daun limau purut – Boleh beli online di sini

Daun ketumbar /ketumbar jawa 

CARA MEMASAK:

Masukkan hirisan lengkuas dan bawang Holland, serai dan bawang putih yang diketuk.

Masukkan air mengikut kadar kuah yang dikehendaki.

Biarkan mendidih.

Kemudian, masukkan ketulan ayam. Nak masukkan udang dan sotong pun boleh.

Apabila kuah telah mendidih, masukkan jus limau ikut tahap masam yang disukai.

Setelah itu, masukkan cili api yang dibelah dua atau diketuk. Kalau kurang suka pedas, letak sedikit saja. Kalau gemar pedas, boleh letak lebih.

Masukkan tomato yang dibelah 6 atau 8.

Perasakan dengan sesudu gula, tak perlu banyak.

Masukkan juga garam secukup rasa. (Untuk lebih sedap, masukkan Sos Sotong/ Sos Ikan secukupnya. Boleh sesuaikan garam sebab sos ikan dah masin). 

Letakkan daun limau purut. Koyak-koyakkan daun agar keluar aromanya.

Untuk lebih aroma, masukkan daun ketumbar. Di sini ada ketumbar jawa. Sama juga rasanya.

Dah siap. Sedia untuk dihidangkan. Segarnya aroma tomyam. Berselera betul nak makan.

Kredit: Umi Watie

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN