Ada orang yang alah bila makan pucuk ubi. Asal makan saja perut jadi sebu, sendawa dan berangin kemudian mulalah sakit kepala. Tapi ada masa dek teringin sangat hidangan ini tetap dimakan jua.
Bagi yang mengalami situasi ini bila makan pucuk ubi boleh gunakan petua yang dikongsi oleh Mama Sal untuk mengelakkan masalah angin dan sakit kepala selepas makan sayur ini.
Petua rebus pucuk ubi untuk elak angin & sakit kepala
Petua dari mak Sal sendiri yang diperoleh dari orang tuanya. Mak memang tak boleh makan sembarangan memang mudah kena angin. Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Ads
Caranya
Tapi lepas amalkan petua ini mak dah boleh menikmati keenakan pucuk ubi tanpa masalah lagi. Caranya :
1. Sediakan air dalam periuk dan masuk pucuk ubi. Nak rebus dengan batang sekali pun boleh.
Ads
2. Sebelum merebus masukkan sekali beras. Kemudian rebus sampai pucuk ubi empuk.
Ads
3. Tip ini boleh digunakan untuk masak makanan lain yang berangin contohnya nangka.
Musim petai ni memang nampak di tepi-tepi jalan banyak petai dijual. Seikat antara RM5 hingga RM20.
Kalau beli yang RM20 tu, mahu dapat dalam 15 papan. Banyak tu. Kalau dibiar lama, kadang isi petai akan mengecut.
Dan ada juga situasi isi petai tak begitu besar. Isinya agak kecil dan nampak tak menggiurkan.
Rupa-rupanya ada cara untuk menjadikan isi petai bertukar saiz lebih besar. Senang je. Rendam dalam air semalaman.
RASA kongsikan petua daripada facebook Hani Azahari mengenai cara membesarkan isi petai.
Siapa peminat petai? Hahaha.
Semalam kan mak kakhani datang, ada sedara bagi petai. Tetiba mak kakhani kata “Hani, cer awok potong petai tuu, belah dia, pastu rendam dalam air. Nanti dia jadi besor, buat tengok, mak tengok makcu buat”
Pastu kakhani pun turutkan jugak lah sebab kakhani suka petai, tapi selalu asal nak beli je petai haluihh bebenor. Dapat jadikan dia besor behh jugak kan? Hakhak.
So kakhani pun rendam lah. Esok pagi nya tu tengok. Naahhhh kembang seperti dalam gambar. Siap terkeluar dari kelopak dia. Rasa masih sama rasa petai. Dan masih rangup. Hakhak.
Amacam? Ada yang suka makan ulam petai, nak masak sambal petai, cer try guna tips nie kalau petai yang korang beli tu kecik tuekk.
Tetiba kongsi pasal petai pulak. Hakhak. Ehh apa salahnya kan. Mende baik wajiblah share. Kikiki.
Microwave atau ketuhar gelombang mikro adalah perkakas elektrik yang diperlukan untuk memudahkan kerja memanaskan makanan. Malahan microwave juga boleh digunakan untuk memasak beberapa sajian.
Namun terdapat tanggapan mengaitkan penggunaan microwave boleh mengurangkan khasiat makanan dan terdapat juga kebimbangan kononya ia boleh menyebabkan kanser. Sejauh manakah kebenaran andaian dan tanggapan ini, teruskan membaca.
.
Ternyata ia adalah andaian dan kebimbangan tidak berasas semata. Realitinya kajian mendapati bahawa pemanasan makanan dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul yang sedia ada dalam makanan. Jumlah tenaga radiasi microwave tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ia hanya mampu menggetarkan molekul pada makanan yang dipanaskan.
Apabila radiasi tidak mampu mengubah struktur molekul dan menukar sifat kimia (non-ionising) maka, makanan yang dipanaskan dengan menggunakan microwave tidak mengurangkan nutrisi dan tidak sama sekali boleh menyebabkan kanser.
.
Bekas yang sesuai adalah sangat penting semasa menggunakan microwave. Gunakan bekas seramik atau plastic yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Jangan sesekali pakai bekas besi kerana ia akan meningkatkan tenaga gelombang dan boleh mencetuskan api kebakaran.
Moga artikel ini akan membuatkan anda memahami konsep tenaga radiasi microwave. Lepas ni korang boleh membetulkan pemahaman orang ramai tentang mitos ataupun kepercayaan yang kita dengari, sememangnya tidak benar.
Microwave ternyata tidak mengurangkan nutrisi pada makanan dan tidak boleh menyebabkan kanser. Malah ia mempercepatkan kerja penyediaan makanan anda.
Nah ini resipi sedap yang boleh disediakan menggunakan microwave.
BROWNIE MICROWAVE DALAM CAWAN
(saiz hidangan untuk 2 cawan biasa)
.
Bahan-bahan :
.
Topping :
CARA PENYEDIAAN :
1.Campur tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan gula. Kacau rata dan sebati
2. Pecahkan telur, masukkan minyak dan air atau susu.
3. Kalau pekat sangat boleh tambah jumlah cecair tu. Jangan risau.
4, Masukkan dalam cawan seramik (microwave save) dan taburkan coklat button diatasnya bersama kepingan badam.
.
5. Masukkan cawan berisi adunan tadi ke dalam microwave
6. Kalau pakai microwave oven, set on high selama 1 minit setengah. Kalau masih tak masak tambah masa. Kadang-kadang kurang daripada 1 minit pun dah naik kembang kek tu. (microwave oven selalu dalamnya warna silver besi dan bersaiz besar).
7. Kalau microwave biasa (selalunya saiz kecil) setkan selama 3 minit. Kalau tak masak tambah masa.
.
8. Coklat kat atas tu akan mencair dan menjadi topping diatas brownie tu. Memang sedap!
.
9. Inilah tekstur yang kita nak, ‘moist and gooey’, macam puding sikit. Anak anak mesti suka
Makan mi kuning yang ada rasa kapur memang spoil. Terus potong selera untuk makan. Supaya tak hidang atau makan mi begini sebaiknya kita buat langkah ini untuk hilangkan terus rasa kapur pada mi kuning.
Caranya pun cukup mudah cuma guna gula saja. Dikongsi oleh Aliabangs berikut adalah caranya.
1. Leraikan mi dalam satu bekas yang besar.
2. Masukkan air sama ada air paip atau air bertapis tapi mesti suhu bilik.
3. Masukkan gula perang/ gula putih. Ini kuantiti gula untuk mi makan 20 orang. Jangan bimbang mi takkan kembang.
4. Rendam selama 15-20 minit.
6. Kemudian buang air, tos dan bilas lagi sekali.
7. Seterusnya boleh hidang atau masak, mi dah langsung tiada rasa kapur.
Boleh juga tonton video langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Alia.
Semoga bermanfaat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Kerabu Darat dengan rencah ikan panggang, kelapa goreng, budu dan ulam-ulaman segar. Resipi tradisional Pantai Timur yang mudah, ringkas dan cukup menyelerakan.