Makan

Tip Rebus Jantung Pisang Supaya Tiada Kesan Birat Hitam

Share

Jantung pisang rebus antara hidangan ringkas tapi boleh menawan selera. Cicah dengan sambal belacan sambil makan dengan nasi berlauk ikan goreng saja pun dah sedap.

Cuma masalah membuat lauk ini adalah bila jantung pisang ini direbus dan ditos, ia selalu  berbirat hitam hingga nampak kurang menyelerakan.

Supaya jantung pisang yang direbus hasilnya cantik tanpa kesan hitam ini cara berikut  boleh dipraktikkan

Tip rebus jantung pisang supaya hasilnya cantik tanpa kesan birat hitam

 

1. Didihkan air

2. Masukkan jantung pisang (tak perlu belah)

3. Tabur garam

4. Tutup periuk

5. Rebus selama 5 @ 10 minit

6. Toskan dan barulah dibelah. Hasilnya jantung pisang takkan berbirat hitam.

Sumber: Razilah Said

 

IKLAN