Buat nasi goreng tapi selepas beberapa jam hidangan dah basi. Tapi hairannya nasi putih yang sama tak dimasak elok saja.
Masak nasi goreng ini memang mudah tapi untuk pastikan ia tahan lama ada beberapa perkara yang perlu dilakukan ketika mengggoreng. Ia penting terutama jika menyediakan nasi goreng dalam kuantiti yang banyak.
Tip ini dikongsi oleh peniaga Cik Ijan yang mengambil tempahan makanan dalam satu hantaran media sosial di sebuah grup masakan popular. Ia dipelajari daripada pengalaman beliau yang baru mengalami situasi nasi goreng basi selepas beberapa beberapa jam disiapkan.
“Kecewanya hati, 7 pagi siap masak. 9 pagi hantar, 11 pagi dah basi.
Ads
“Selepas diselidik silap saya tak goreng dengan api besar sampai naik asap dan tak goreng nasi hingga garing.
“Bahan rencah semua saya goreng garing dengan api besar. Masa nak masukkan nasi,saya kecilkan api dan gaul rata sahaja tak buka api besar. Rugi modal, masa dan tenaga.Pengalaman untuk saya, 5kg beras bazir.
Pesannya bagi memastikan nasi goreng tahan lama pastikan ia digoreng dengan cara berikut;
Pulut tanak makan dengan ikan masin atau durian memang paduan yang cukup menyelerakan sama ada untuk makan pagi atau petang. Namun mungkin ramai tak tahu ada satu rahsia untuk menghasil pulut tanak yang lebih sedap walaupun kosong saja.
Caranya adalah dengan memasak pulut menggunakan air kelapa. Tip ini dikongsi oleh Khadijah Jaafar .
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara masak
2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalam rice cooker. Jika mahu rasa sedikit masin, masukkan garam.
4. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.
Macam-macam jenis atau versi nasi ayam, ada yang ayam goreng, kukus dan ada juga yang dibakar. Semuanya sesuai dengan selera masing-masing. Kalau anda dan keluarga pengemar nasi, rasanya resipi Nasi Ayam Beras Basmathi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini boleh dicuba dan hasilnya tidak mengecewakan. Kerana rahsia nasi ayam itu bergantung kepada bahan, olahan bahan dan cara memasaknya.
NASI AYAM BERAS BASMATHI
BAHAN-BAHAN: BAHAN AYAM: 1 ekor ayam potong 4 | jangan buang kulit, bersih dan tos 5 ulas bawang putih | tumbuk kasar 3cm halia |tumbuk kasar
BAHAN PERAP: 6 ulas bawang putih | kisar halus 3cm halia | kisar halus 3 sudu besar kicap masin 3 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tiram 1-2 sudu besar madu | tambahan sahaja kalau ada
BAHAN NASI: 4 cawan beras basmathi 3 cawan air rebusan ayam 2 1/2 cawan air biasa 1/2 cawan susu cair 2 sudu teh garam 3-4 kuntum bunga lawang 1/2 senduk minyak sapi atau marjerin 1/2 senduk minyak masak Daun pandan | simpul 1 sudu teh serbuk kunyit | untuk warna kuning jika suka. 5 ulas bawang putih | kisar halus 1 biji bawang besar | kisar halus 3cm halia | kisar halus
BAHAN SOS CILI: 6 ulas bawang putih 3 biji cili merah 15 biji cili padi 2 cawan air 2 sudu besar cuka 4 sudu besar sos cili 2 sudu besar gula Sedikit bahan perasa Sedikit garam
BAHAN SOS KICAP: 2 cawan air rebusan ayam Sedikit lebihan bahan perapan ayam 1 sudu makan tepung jagung Kicap masin secukupnya Kicap manis secukupnya
BAHAN SUP: Air rebusan ayam secukupnya 2 kiub pati ayam 1 keping asam gelugor Garam dan bahan perasa secukupnya Daun sup secukupnya | hiris halus 5-6 biji cili padi | hiris
CARA MASAK:
1. Masukkan ayam dalam periuk bersama bawang putih dan halia.
2. Masukkan air hingga menenggelami ayam. Rebus hingga ayam masak.
3. Toskan ayam dan simpan air rebusan untuk masak nasi, sup dan kicap. Ketepikan.
4. Lumurkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 15-20 minit (jangan buang lebihan perapan selepas digoreng. Simpan untuk buat sos kucap).
5. Goreng ayam dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana (jangan goreng terlalu lama sebab ayam sudah direbus hingga masak) dalam dua minit atau bila sudah berubah warna keperangan terus angkat.
6. Jika tidak mahu ayam goreng gelap kurangkan kicap dan madu. Ketepikan.
7. Seterusnya masak nasi, panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk atas dapur.
8. Masukkan bunga lawang dan masukkan bahan kisar kacau hingga naik bau.
9. Tuangkan susu di dalamnya, bila susu mendidih masukkan beras dan air rebusan ayam,air biasa dan garam secukup rasa.
10. Angkat dan masukkan dalam periuk elektrik. Masak seperti biasa. Bila button cook dan naik, tekan sekali lagi . Selepas itu baru boleh gembur nasi dengan senduk.
11. Untuk menyediakan sambal cili, kisar semua bahan sambal, kemudian masukkan dalam periuk. Renehkan hingga kuah pekat dan tutup api. Ketepikan.
12. Kemudian sediakan sos kicap, satukan semua bahan kacau rata dan renehkan atas api hingga mendidih. Kemudian tutup api dan ketepikan.
13. Akhir sekali sediakan sup, campurkan semua bahan dalam periuk, masak hingga mendidih dan pastikan ia cukup rasa.
14. Tutup api, bila kuah sudah suam, tambah ke dalamnya hirisan cili padi.
15. Setelah semua sudah siap hidangkan nasi bersama ayam goreng, sambal cili, sos kicap, sup dan hirisan tomato, timun dan daun salad.
Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantarayang di hoskan oleh Adam Didam dan Ili Sulaiman. Mereka akan menjelajah ke seluruh perusuk Nusantara untuk mempelajari satu hidangan yang ada persamaan dengan hidangan di Malaysia. Untuk episod pertama, Ili telah menjelajah ke Jakarta,Indonesia untuk mempelajari cara-cara menyediakan Nasi Uduk manakala Adam Didam pula bertemu pakar dalam penghasilan Nasi Lemak di Malaysia.
Nak tahu cara-cara pembuatan kedua-dua hidangan enak ini? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
CARA MEMASAK NASI LEMAK & NASI UDUK
1. NASI LEMAK
BAHAN NASI:
BAHAN SAMBAL:
CARA MEMASAK NASI:
1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung pada beras seperti memasak nasi biasa. (1 inci atau satu paras garisan di jari)
2. Masukkan garam dan simpulkan daun pandan. Masak seperti biasa di dalam rice cooker.
3. Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat. Kacau rata. Biar sehingga masak.
4. Nasi siap untuk dihidangkan.
CARA MEMASAK SAMBAL:
1. Kisar bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis sehingga tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.
2. Tumis cili kisar dan bahan kisar tadi hingga cili dan bawang masak dan garing menggunakan api perlahan.
3. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau.
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak dengan api perlahan.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh letakkan bawang besar hiris.
6. Sedia untuk dinikmati.
2. NASI UDUK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras sebanyak 4 kali kemudian toskan. Rendam selama 1 jam.
2. Kukus berasa selama 6 minit di dalam pengukus buluh (bamboo steamer).
3. Masukkan santan, serai, bawang putih, daun limau purut, daun salam, daun pandan, biji pala, buah keras, kayu manis, lengkuas, halia dan secubit garam. Perlahankan api dan masak sehingga wangi.
4. Tutupkan dengan daun pisang dan biarkan sejuk selama 15 minit.
5. Bungkuskan nasi dengan daun pisang dan hiaskan dengan bawang goreng.
6. Sedia untuk dinikmati.
Saksikan Jelajah Rasa Nusantara, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!