Makan

Tip Mi Segera Goreng Rasa Macam Dekat Mamak 🍜πŸ”₯

Share

Tip Mi Segera Goreng Rasa Macam Dekat Mamak 🍜πŸ”₯

TIP MI SEGERA GORENG RASA MACAM KAT MAMAK 🍜πŸ”₯
(Walaupun masak sendiri di rumah!)
BAHAN-BAHAN:
Mi segera (sebarang jenis)
Telur
Bawang putih (cincang halus)
Daun bawang (hiris)
Sos tiram
Kicap manis + kicap cair
Perencah dalam bungkusan mee
Minyak masak

CARA MEMASAK:
Rebus Mi dalam air mendidih 1-2 minit sahaja. Jangan terlalu lembut, nanti bila goreng hancur. Toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak atas api BESAR. Ini penting! Tumis bawang putih hingga naik bau wangi.
Masukkan telur, kacau separuh masak dulu. Baru masukkan mee yang dah ditoskan tadi.
Tambah perencah, sos tiram, kicap manis dan kicap cair secukup rasa. Kacau sebati dan biar mee goreng kejap sampai ada sedikit kecut.
Tabur daun bawang, kacau sekejap lagi. Angkat dan hidang panas-panas!

TIPS RAHSIA πŸ”‘
Kunci utama rasa mamak adalah api besar sepanjang masa. Ini yang bagi β€œwok hei” bau hangit sedap yang biasa ada kat gerai mamak. Jangan kacau selalu, biar mee terkecut sikit dulu baru kacau balik!

Published by
Firdaus Izzuddin