Makan

Tip Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji, Ini Caranya

Share

Walaupun nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia namun tak semua orang boleh makan nasi dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi bagi yang berpenyakit.

Dalam satu laporan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna.

Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.

Justeru, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.

Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan kaedah masak nasi tanpa kanji yang mudah. Dikongsi oleh saudari Noreez Rahmat

ini caranya.

  1. Tanak nasi, guna beras biasa dengan air yang banyak

2. Biarkan mendidih dan separuh masak.

3. Buang air kanji dan bilas dengan air paip.

4. Toskan nasi dan masak dalam rice cooker tanpa tambah air.

5. Bila dah siap masak, gemburkan nasi.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sumber: Healthline, Noreez Rahmat

 

 

 

IKLAN