Sotong Celup Tepung memang sedap dimakan. Tetapi salah satu masalah bila nak masak hidangan ini secara homemade ialah ada kalanya tepung dan sotong ‘terpisah’ apabila digoreng. Nampak tak cantik dan berminyak. Tu belum lagi masalah sotong meletop dalam kuali. Haih…sakitnya hati kan? Bagi anda yang alami masalah ini, cara yang dikongsi ini mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah anda.
CARA MUDAH GORENG SOTONG TANPA LERAI TEPUNGNYA
foto: thespruce.com
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
2 sudu besar cuka epal
*Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.
BAHAN TEPUNG SADUR:
Ads
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
*Gaul sebati semua bahan di atas.
*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
Ads
CARA MEMBUAT:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
foto: eumundimarkets.com.au
Ads
SOS PENCICAH:
3 sudu besar sos Thai
1 sudu besar mayones
CARA MEMBUAT:
Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Baki kulit popia biasa kita simpan dalam bahagian sejuk beku. Tapi bila dikeluarkan untuk guna kembali ia kulit popia ini jadi keras dan kering.
Sudahnya ramai yang membuangnya walaupun belum sampai tarikh luput. Sebenarnya kulit popia yang kering dan keras ini boleh dilembutkan semula. Tak perlu buang! Caranya dikongsi oleh Bee Keng.
1. Dalam kuali atau periuk stim/pengukus lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap (bukan basah). Maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15 minit.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak stim sekejap lagi.
Dalam bidang masakan ada banyak koleksi petua dapur yang boleh dicuba. Ianya bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran. Berikut adalah koleksi petua-petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Moga setiap satunya memberi manfaat dan memudahkan kerja harian anda di dapur.
1. PETUA HILANGKAN RASA PAHIT LEMON
1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkan beberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.
2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.
3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.
4. PETUA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR LEBIH BERSIH & HARUM
Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
5. PETUA LEMBUTKAN AYAM PENCEN
Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat. Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:
Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi! Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
HALIA:
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato:
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis:
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui perbezaan sebenar antara Ayam Geprek, Ayam Gepuk dan Ayam Penyet. Artikel lengkap ini membandingkan asal-usul, rasa dan teknik penyediaan dengan jelas menggunakan fokus pada Ayam Geprek.