Buat cucur bilis nampak macam senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Selalunya cucur jadi liat dan keras bila sejuk.

Macam macam tip dikongsi bagi memastikan cucur bilis hasilnya bukan saja sedap tapi lembut dan rangup, antaranya menggunakan air panas. Tapi selain dari cara ini satu lagi tip adalah dengan menggunakan nasi sejuk yang dikisar.

Tip cucur bilis lembut, campur nasi kisar dalam adunan

Letak Nasi, Tip Cucur Bilis Rangup & Kekal Lembut Walau Dah Sejuk

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi (kisar)
Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
1/2 biji bawang Holland atau bawang besar (hiris)
Daun bawang,tauge,kucai, cili merah
1 biji telur
Garam,serbuk kunyit,
1 sudu teh baking powder(jika suka)
Air sejuk

Letak Nasi, Tip Cucur Bilis Rangup & Kekal Lembut Walau Dah Sejuk

IKLAN

 

Cara membuat:

1. Campur bawang, tauge, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.

IKLAN

 

2. Kemudian tambah tepung dan gaul lagi. Letak sedikit air kalau terlalu pekat.

3. Letak garam, serbuk kunyit dan baking powder (jika mahu).Kacau sebati. Pastikan adunan tak cair nanti sebab nanti cucur akan jadi leper. Mesti pekat macm dalam gambar.

IKLAN

Letak Nasi, Tip Cucur Bilis Rangup & Kekal Lembut Walau Dah Sejuk

 

4. Panaskan minyak kemudian ceduk adunan boleh guna jari jemari untuk nak dapat bentuk bulat. Goreng sampai kekuninggan atau garing. Angkat dan hidang waktu masih panas.

 

Tip
  • Jika tak guna baking powder pun tak mengapa janji adunan pekat.
  • Boleh juga letak marjerin dalam 2 sudu besar dalam adunan. Cara ini cucur rangup di luar dan lembut di dalam.

Sumber: Noriza Jaja

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI