Tip Buat Teh Tarik Yang Sedap & Padu

Share

Sebut je tentang teh tarik, pasti anda terbayang kemanisan dan aromanya yang memikat pabila diminum. Teh tarik merupakan antara minuman yang popular di kedai mamak. Lagi best bila ada buih di bahagian atas gelas. Memang padu! Namun, tak ramai yang tidak tahu cara untuk membuat teh tarik yang sedap dan padu seperti di kedai mamak. Namun, cuba guna tip yang dikongsi oleh Nazia Suhaimi, pastinya teh tarik anda selepas ini lebih padu. Kalah kedai mamak!

TEH TARIK

 

BAHAN-BAHAN:

  • Teh serbuk
  • Susu cair
  • Susu pekat manis
  • Air panas

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Gunakan teh serbuk. Saya guna jenama Boh. Letak dalam 5 sudu di dalam kole ini.

 

2. Masukkan air panas hingga penuh.

 

3. Tunggu sekejap bagi kembang.

 

4. Sekiranya teh sudah kembang, tapis sewaktu tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.

 

5. Okay ini rupa air yang dah ditapis. Hitam semanis rupamu.

 

6. Okay ulang sekali lagi. Teh serbuk tadi, kita letak lagi air panas sampai penuh kole.

 

7. Tuang lagi ke dalam jug pink tadi. Jangan lupa tapis ya!

 

8. Ulang lagi step yang sama sehingga penuh jug anda.

 

9. Kemudian, letak susu pekat. Saya letak 5 sudu susu pekat manis. Baru kaw.

 

10. Letak susu cair sikit. Jangan banyak sangat, nanti terlebih lemak tak sedap pula.

 

11. Kacau rata. Masa tengah kacau tu, selawatlah.

 

12. Nah inilah kejadiannya Teh Tarik Cinta. Terima kasih Mak We dan Mak Ngah, kini saya dapat riak dan takbur berkongsi resepi di muka buku.

 

Selamat mencuba.

Anda tercari-cari CEREK ELEKTRIK yang murah dan berkualiti? Cuba cari DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: NAZIA SUHAIMI

ANDA BOLEH JUGA CUBA RESIPI INI:

IKLAN