Sebut je tentang teh tarik, pasti anda terbayang kemanisan dan aromanya yang memikat pabila diminum. Teh tarik merupakan antara minuman yang popular di kedai mamak. Lagi best bila ada buih di bahagian atas gelas. Memang padu! Namun, tak ramai yang tidak tahu cara untuk membuat teh tarik yang sedap dan padu seperti di kedai mamak. Namun, cuba guna tip yang dikongsi oleh Nazia Suhaimi, pastinya teh tarik anda selepas ini lebih padu. Kalah kedai mamak!
TEH TARIK
BAHAN-BAHAN:
Teh serbuk
Susu cair
Susu pekat manis
Air panas
CARA PENYEDIAAN:
1. Gunakan teh serbuk. Saya guna jenama Boh. Letak dalam 5 sudu di dalam kole ini.
2. Masukkan air panas hingga penuh.
3. Tunggu sekejap bagi kembang.
Ads
4. Sekiranya teh sudah kembang, tapis sewaktu tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.
5. Okay ini rupa air yang dah ditapis. Hitam semanis rupamu.
6. Okay ulang sekali lagi. Teh serbuk tadi, kita letak lagi air panas sampai penuh kole.
Ads
7. Tuang lagi ke dalam jug pink tadi. Jangan lupa tapis ya!
8. Ulang lagi step yang sama sehingga penuh jug anda.
Sambal Goreng Sayur ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Idea terbaik untuk anda yang nak makan Sayur Goreng tetapi tidak cukup bahan mentah seperti udang, hati ayam atau daging. Ramuannya dimasak dengan sempurna menjadikannya kegemaran ramai. Kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Pasti puas hati.
Asyik hidang sup ayam atau daging saja, apa kata cuba buat pula sup ikan pula. Ikan paling sedap dibuat sup dah tentu ikan merah. Cara membuat sup ikan merah ini juga cukup ringkas, cuma kena ikut petua ini supaya ikan tak hancur.
Kalau tak nanti hilang mood bila tengok ikan tiada bentuk dalam sup. Caranya dikongsi oleh Annida Ammar yang turut menyertakan resipi sambal kicap supaya hidangan sup ikan lagi padu rasanya.
Cara buat sup ikan merah sedap bersama sambal kicap
Bahan-bahan
-Ikan merah-dipotong
-Bawang kecil
-Bawang putih
-Halia
-Kulit kayu manis
-Daun sup
-Lobak merah
-Garam
-Minyak masak
Cara membuat:
1. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia secukupnya (sup lagi sedap kalau bahan-bahan ini ditumbuk).
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dulu, kemudian baru masukkan bahan ditumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan garam dan tambah air. Biarkan mendidih.
4. Selepas mendidih baru masukkan ikan dan jangan kacau atau balik-balikkan ikan, nanti ikan hancur lebur.
5. Masukkan lobak dan juga daun sup.
Cara buat sambal kicap
Tumbuk cili api dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk dalam bekas dan tuang kicap manis.
Masukkan sekali gula dan limau yang diperah. Masuk sekali kulit limau yang dihiris halus.
Sambal kicap ini lagi sedap jika ditumbuk berbanding guna pengisar.
Daging lembu bila dilapah, bukan dagingnya sahaja sedap dimasak. Malahan bahagian lain termasuk organ dalamannya turut jadi kesukaan.
Limpa, babat atau perut, daging tetel dan daging tulang rusuk memang terlajak sedap bila dihidangkan , tak payah tunggu Raya dah. Cubalah resipi ini nanti
DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
.
BAHAN-BAHAN :
600 gm daging tetel lembu
4 batang serai | dititik
1 liter santan
200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
3 asam keping
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
300 gm bawang merah
100 gm kunyit hidup
200 gm cili padi
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air sehinga mendidih.
3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak Anggaran kos :RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
2. DALCA TULANG RUSUK
.
BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
300 gm kacang dhall | direndam dahulu
30 gm halba campur
5 gm daun kari
500 ml santan
200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
200 gm halia
Bahan sayur-sayuran :
300 gm lobak merah | dipotong kecil
200 gm kacang panjang | dipotong
5 biji ubi kentang | dibelah baji
300 gm kubis bunga
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
7. Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
3. ASAM PEDAS EKOR
.
BAHAN-BAHAN:
300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu
100 gm bawang merah |kisar
100 m kunyit Hidup |kisar
100 gm cili kering |kisar
50 gm bawang putih |kisar
50 gm lengkuas |kisar
2 batang serai |kisar
1 batang Bunga Kantan
4 tangkai Daun kesum
5 biji tomato
200 ml Asam Jawa
50 gm Belacan |Dibakar
30 gm Serbuk Jintan Putih
30 gm Serbuk Jintan Manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi
2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato
Jumlah hidangan : 5-6 orang. Masa memasak : 20 minit. Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi
Anggaran Kos : RM20
GULAI BABAT DAN REBUNG
.
BAHAN-BAHAN :
500gm babat lembu atau perut | cuci dan toskan, rebus hingga empuk
5 batang serai, | dititik
2 keping asam gelugor
1 cawan rebung jeruk | cuci dan toskan
500ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :
20 biji cili padi kampung
1.5 sm inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK :
Babat dimasukkan ke dalam periuk, bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap.
Masukkan air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga babat sedikit lembut . Masukkan rebung, gaul rata dan masak lagi.
Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Masak hingga babat lembut.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Babat yang kenyal memang sedap berganda dimakan dengan rebung
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Basuh babat dengan air kapur untuk hilangkan lagi bau hanyir.
Kredit resipi : Chef Asmar, UNITAR
KERUTUK LIMPA
.
BAHAN-BAHAN :
500gm limpa
Santan pekat dari 1 biji kelapa
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar :
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
10-15 biji bawang merh
3 ulas bawang putih
1 peket kecil rempah kerutuk
Bahan ditumis :
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawing
1.5sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar | dihiris halus
1.5sm halia | dihiris halus
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan limpa dan biarkan limpa itu separuh masak.
Kemudian masukkan santan, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula.
Perlahankan api dan biarkan mereneh hingga pekat.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa limpa seakan hati lembu tetapi teksurnya lebih lembut
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Memandangkan rasanya sedikit kenyal. Ia sesuai dimasak rendang, kerutuk atau masak hitam yang mengambil masa panjang dan api perlahan.