Hidangan roti puri ini boleh dijadikan menu pagi atau pun petang. Cicah dengan sambal sardin, bilis atau kari semalam lagi sedap.
Kalau selalu buat guna yis atau Mauripan, kali ini boleh ikut cara buat roti puri oleh Noraslinda Md Radzhi. Caranya tak menggunakan bahan tersebut tapi lebih rangup, roti sejuk pun tak kempis.
Cara buat roti puri tanpa yis yang rangup
Roti puri tanpa mauripan, lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat bila letak mauripan, roti dah sejuk, roti pun kempis. Lain org lain cara kan.
Ads
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
1 sdk baking powder
1 biji telur
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
Air
Cara membuat:
1.Tepung gandum, baking powder diayak.
2. Masukkan marjerin dalam tepung diajak tadi dan ramas dijadikan serbuk roti.
3. Masukkan susu pekat dan telur. Gaul dan ramas.
4. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli hingga tak lekat tangan. Bulat-bulatkan. Biar doh rehat selama 20 minit.
Ads
5. Panaskan minyak, gelek atau canaikan doh dan goreng. Sambil itu curahkan minyak panas atas roti nanti akan jadi gelembung.
6. Bila dah agak keperangan balikkan. Siap
7. Hidang dengan sambal tumis, sambal sardin atau kari. Nak makan begitu saja pun sedap.
Esok Ahad masih cuti lagi. Jom kita meroti. Ni dia resipi roti sosej pintal yang biasa korang nampak kat kedai bakeri.
Nak letak atau tambah sos cili dan mayonis pun boleh jugak. Bagi penggemar keju bolehlah tabur keju mozzarella atasnya. Kita yang buat dia kan,Tapi roti tu kenalah menjadi…
.
Pintal ikut kreativiti anda.
Jika anda adalah penggemar roti, anda patut mencuba resepi roti sosej pintal ini.
ROTI SOSEJ PINTAL
Nak pintal cara ni pun boleh
BAHAN-BAHAN :
1 paket yis
2 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar susu sejat
Garam secukup rasa
¾ cawan air suam
2 ½ cawan tepung gandum
CARA MEMBUAT :
1. Masukkan bahan-bahan seperti yis, garam dan gula bersama air suam.
2. Biarkan selama 10 minit. Kemudian campur adunan tadi dengan tepung dan mentega.
3. Uli sampai menjadi doh. Jika masih melekat, tambahkan tepung.
4. Biarkan doh selama 45 minit.
CARA MEMINTAL ;
.
1.Ambil adunan doh tadi dan leperkan untuk membalut sosej.
2. Potong balutan sosej secara sekata tetapi jangan sampai putus. Kemudian, pintal potongan tersebut ke kiri dan kanan.
3. Selesai memintal, sapu roti dengan sos cili, mayonis dan taburan keju mozzarella.
4. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.
Teringin nak makan dumpling daging tapi kurang yakin tentang halal jika nak makan di restoran? Usah khuatir kerana anda boleh hasilkannya secara homemade. Resipi perkongsian saudari Cik Lin Lyna ni antara yang terbaik boleh dicuba. Mudah je. Untuk kulitdumpling, boleh beli kulit gyoza pastri readymade dan anda hanya perlu buat inti sahaja. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI DUMPLING DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holland – dicincang
5 ulas bawang putih – dicincang
1 inci halia – dicincang
Daging kisar secukupnya
Lobak merah – dicincang. Boleh gandi dengan kubis cincang
Cendawan King Oyster – potong dadu
Daun bawang secukupnya
Sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung
2 batang sosej – cincang
Kulit dumpling ( boleh guna Japanese Gyoza Pastry. Ada jual di tesco.)
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan (kecuali Gyoza Pastry) di dalam bekas. Adun hingga sebati.
2. Ambil sekeping Japanese Gyoza Pastry dan letakkan inti ditengahnya. Kelim dengan kemaskan mengikut kreativiti anda.
3. Lakukan sehingga habis adunan inti.
4. Susun dumpling diatas bekas yang ditabur sedikit tepung supaya ia tidak melekat. Untuk memasak, anda boleh pilih sama ada nak rebus, stim atau goreng. Semuanya sedap!
Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap, enak tapi tidak terlalu berat, boleh cuba resipi Twister Ayamhomemade ala restoran makanan segera perkongsian saudari Mastura Razali ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.
CARA MASAK TWISTER ALA RESTORAN MAKANAN SEGERA
BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.