
Kangkung goreng belacan, menu ini memang selalu kita pesan bila makan di restoren. Walhal kalau nak buat sendiri pun punyalah senang.
Modal beli kangkung saja pun sebab bahan yang lain dah ada kat dapur rumah sendiri. Apa kata lepas kita cuba masak sendiri, caranya boleh ikut perkongsian Azlizah Izzah.
Buat sendiri kangkung goreng belacan
Bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili hidup merah
Bahan lain
Sos tiram (optional)
Serbuk perasa
Garam
Udang/sotong (optional)
Kangkung (boleh juga guna kailan atau pucuk paku)
Minyak masak
(Sukatan bahan ikut kuantiti kangkung)
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga garing (jangan terlalu garing)
2. Masukkan udang atau sotong jika suka kemudian kacau hingga masak.
3. Masukkan sedikit sos tiram bersama serbuk perasa dan garam.
4. Kemudian masukkan kangkung dan kacau, biar kangkung masak.
Siap untuk dihidangkan, makan dengan lauk ayam goreng kunyit pun dah sedap.
Sumber: Azlizah Izzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 4 Menu Sayur Sedap Berkhasiat, 10 Minit Siap. Mak-Mak Sibuk Boleh Cuba Ni.

Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
- 2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji cii merah | hiris memanjang halus
- 2 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji terung panjang
- 250 gm daging kisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Terung dipotong dua kemudian belah empat.
- Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
- Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang | potong 4cm
- 150gm daging kisar
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 3 biji cili padi | hiris
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
- Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
- Perasakan dengan sos tiram.
- Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 6 batang kacang botol | hiris serong
- 150gm hirisan daging rebus
- Sedikit hirisan cili Benggala Merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
- Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
- Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Cuba Sajian Sihat Ni

Isi Kandungan
ToggleCendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.

Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.
Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
- 200 gm brokoli
Bahan sos:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar /dihiris
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
- Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg dada ayam
- 50 gm serbuk lada hitam
- 30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
- 30 ml kicap manis
- 10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar :
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia
CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Kemudian goreng ayam separuh masak
3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
- 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
- 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
- 50 gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Resipi Bunga Betik Tumis Pedas, Pahit-Pahit Tapi Sedap!

Pernah cuba makan Bunga Betik Tumis begini? Biasanya bunga betik ni dijadikan kerabu kan? Tapi rupanya sangat sedap rasanya. Jika tidak mahu guna bilis, boleh sahaja tumis rencah menggunakan udang. Lagi enak rasanya. Semuanya terpulang pada selera masing-masing. Oh ya, kalau lagi pedas, lagi enak tau. Cubalah. Saudari Siti Zanariah Khalit ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK BUNGA BETIK TUMIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- Bunga betik
- Bawang merah – beli online disini
- Bawang putih – beli online disini
- Cili merah
- Cili padi
- Ikan bilis – beli online disini
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan bunga betik kemudian celur seketika. Toskan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan ikan bilis. Jumlahnya bergantung pada jumlah bunga betik yang ingin anda masak.
3. Bila tumisan sudah wangi dan pecah minyak, masukkan garam dan perasa dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
4. Seterusnya masukkan bunga betik yang sudah dicelur tadi. Gaul sebati dengan rencah.
5.Bila sudah cukup rasa, angkat dan sedia untuk dihidang.
INFO: Untuk rencah tumisan, selain ikan bilis boleh juga guna udang. Sangat sedap.
Kredit resipi & foto: Siti Zanariah Khalit
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official