Tip Buat Jus Limau Kasturi Yang Pure, Kisar Sekali Dengan Kulit. Sedap & Tak Pahit Pun

Share

Nak guna limau kasturi untuk masakan sikit saja tapi kena beli yang siap pek dalam jumlah yang banyak.  Selebihnya daripada terbiar sampai kecut dalam peti sejuk, elok buat jus limau kasturi.

Jus limau kasturi ini lebih enak jika masukkan sekali dengan kulitnya, lagi asli rasanya. Tapi jangan bimbang tak pahit pun malah rasanya sangat sedap masam manis bersatu. Cara membuatnya dikongsi oleh Nur Amalyna Zubaidi

.

Buat jus limau kasturi yang pure, kisar sekali kulitnya

Wajib cuba buat air limau kasturi ini. Rasa segar otak minum air ini. Ini bukan style perah asam limau tapi diblend terus dengan kulit. Awalnya, takut air limau kasturi akan jadi pahit sebab dikisar sekali bersama kulit. Tapi tidak. Rasa lagi sedap rupanya. Ini cara membuatnya;

  1. Ambil buah limau kasturi belah dua dan buang biji.

2. Masukkan dalam blender. Letakkan air dan gula siap-siap.

3. Bila dah hancur dan sebati, tapis. Boleh guna penapis apa pun.

4. Bila dah siap tapis, sediakan gelas dan ais Kalau ada asam boi lagi sedap.

 

5. Siap. Minum sejuk-sejuk memang sedap.

Sumber: Nur Amalyna Zuraidi

 

 

IKLAN