Tip Buat Cucur Jawa Supaya Menjadi Cantik

Share

Cucur jawa atau kuih topi juga dikenali sebagai penyaram antara kuih tradisi kegemaran ramai.

Disebabkan itu ramai juga yang cuba buat sendiri. Tapi selalu saja dengar rungutan dah cuba buat tapi tak menjadi! Kuih tak kembang atau bahagian tepi tak berkedut seperti yang sepatutnya.

Bagi memastikan kuih cucur jawa ini menjadi dengan cantik perlu latihan atau kena buat banyak kali. Jadi cuba lagi, boleh ikut pula resipi yang dikongsi oleh Norhamah Said. Resipi ini gunakan santan jadi rasanya lebih berlemak.

Tip Buat Cucur Jawa Supaya Menjadi Cantik

 

Bahan-bahan

1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air)
1 paket tepung beras
2 cawang tepung gandum
1 cawan gula putih
100 ml santan
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

 

Cara Penyediaan

1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula putih & santan dalam satu bekas dan gaul.

2. Masukkan gula merah yang telah sejuk dan gaul. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati & adunan tak berketul-ketul. Jangan terlalu cair. Siap untuk digoreng.

 

TIP 

  • Kalau nak kuih nampak cantik, adunan kena simpan semalaman (saya letak dalam peti sejuk)
  • Jika kuih tak kembang masa menggoreng kena tambah gula sedikit ke dalam adunan kuih, 1-2 sudu makan.

Kredit Resipi & Foto: Norhamah Said

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose