Bawang putih goreng yang selalu dihidangkan untuk lepas bersalin, kini sudah jadi jajan yang disukai ramai. Ada yang makan bersama dengan nasi atau, bihun goreng macam keropok. Ramai juga yang suka ratah begitu saja.

Bawang putih goreng ini kalau beli sebalang memang sekejap saja licin. Supaya tak putus bekalan di rumah elok kalau buat saja sendiri. Supaya kekal rangup an tak pahit boleh ikut panduan yang dikongsi oleh peniaga bawang putih goreng ini sendiri.

Cara buat bawang putih goreng yang kekal rangup dan tidak pahit

1. Bawang putih direndam dalam air selama lebih kurang 1-2 jam untuk mudah kupas dan tak panas tangan.

2. Selepas siap kupas bawang putih, bolehlah disagar menggunakan penyagat. Jika nak hiris guna pisau pun boleh, ikut kesesuaian dan keselesaan.

IKLAN

Tip Buat Bawang Putih Goreng Supaya Kekal Rangup & Tak Pahit

3. Apabila semua bawang putih siap disagat, rendam dalam air garam lebih kurang 15 minit. Tujuannya untuk memastikan mengeluarkan getah awang putih dan menghilangkan rasa pahitnya.

4. Bilas bawang dan tos. Kemudian goreng dalam minyak yang panas. Pastikan guna api sederhana dan selalu dikacau agar tak hangit. Semasa menggoreng kita akan dapati getah bawang putih keluar di tepi kuali, bolehlah dibuang.

IKLAN

5. Selepas nampak kekuningan, bolehlah diangkat dan tos. Hasilnya bawang putih akan elok rangup dan tak pahit.

Tip Buat Bawang Putih Goreng Supaya Kekal Rangup & Tak Pahit

IKLAN

Selamat mencuba.

Sumber: Azita Amir

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI