Tinggal Kenangan, Rasa Food Arena KLCC Tutup Selepas 22 Tahun Beroperasi

Share

Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu, banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan itu saja, peniaga-peniaga kecil turut mendapat tempias yang sangat besar.

Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup apabila tidak lagi mampu untuk menanggung kerugian. Terbaharu yang terpaksa mengikut langkah penutupan ialah Rasa Food Arena Suria Kuala Lumpur (KLCC)

yang bermula hari ini, 1 September.

Menerusi gambar dikongsi warganet yang viral dalam laman sosial, pengumuman itu dibuat Rasa Food Arena menerusi notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis makanan itu.

“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun

, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” kata notis itu.

Medan selera Rasa Food Arena ini sudah beroperasi selama 22 tahun kepada rakyat Malaysia sejak ia mula dibuka kepada umum pada Mei 1998.

Maka tiada lagilah kenangan makanan-makanan popular seperti nasi padang, mi wantan, nasi ayam di medan selera Rasa Food Arena yang terletak di aras empat pusat beli-belah KLCC ini.

Berkeluasan 16,000 kaki persegi, Rasa Food Arena Suria KLCC ini pernah diubahsuai pada 2007, memang menjadi tempat tumpuan bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan rasa penat sambil makan selepas membeli-belah.

Kredit gambar: Thanaselan Rajendran, Amir Bear, Instagram RASA Food Arena KLCC

IKLAN