Kuih-kuih tradisional di Pahang kian pupus kerana generasi kini sudah tidak ambil peduli tentang pembuatan kuih-kuih tradisional ini. Tetapi di Chenor Pahang , kuih-kuih tradisional ini masih wujud  apabila  lahirnya usahawan-usahawan kecil yg terdiri daripada surirumah yang menjual kuih-kuih tradisional ini di pekan-pekan sehari dan pasar tani di sini.

Tiga Resipi  Kuih Tradisi Orang Pahang Yang Memang Rare Dan Super Sedap. Ni Bulan Puasa Je Selalu Ada.

KUIH PENA

BAHAN-BAHAN:

  •  2 cawan tepong pulut(untuk bintang)
  • 1 cawan  tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan Gula
  • 6 cawan santan
  • 2 biji telor
  • 3 helai daun pandan (dimesin dgn kelapa)
  • sedikat garam

Cara-caranya :-

  1. Kelapa, daun pandan dan telur di mesin dan perah untuk mendapatkan 6 cawan santan.
  2. Campurkan tepung ,gula dan garam.Masukkan santan kacau untuk melarutkan gula.
  3. Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air untuk menjadi doh dan dibentukkan bintang.
  4. Daun pisang disapu minyak dan kukus bintang terlebih dahulu selama 3 minit setelah itu  tuangkan  adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
  5. Setelah masak angkat dan bolehlah dimakan.

Tiga Resipi  Kuih Tradisi Orang Pahang Yang Memang Rare Dan Super Sedap. Ni Bulan Puasa Je Selalu Ada.

IKLAN

KUIH BADAK BERKUBANG

BAHAN-BAHAN:-

  • 1/2 kampit tepung pulut
  • 1/2 kampit tepung pulut hitam

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan kedua-dua tepung diatas, bancuh dengan air sehingga menjadi doh.
  2. Bulat-bulatkan isi inti kelapa seperti buah melaka

BAHAN PUTIH:

IKLAN
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • sedikit garam

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan semua bahan dan kacau rata. Ketepikan seketika
  2. Kemudian kukus dahulu tepung hitam berinti kepala dahulu sehingga agak masak. Kemudian tuangkan bancuhan  bahagian putih .
  3. Kukus sekejap dan bila sudah masak bolehlah diangkat                                                                                                                                           ‘

Tiga Resipi  Kuih Tradisi Orang Pahang Yang Memang Rare Dan Super Sedap. Ni Bulan Puasa Je Selalu Ada.

KUIH MAHBOB PAHANG / KUIH TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5 biji telur ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula putih
  • 3 sudu tepung beras
  • 1 cawan ai
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 helai daun pandan

Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.

Bahan untuk tahi minyak

  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit garam

Cara membuat tahi minyak.  Masak santan pekat dengan sedikit garam sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat2 sikit. Sejukkan & tapis tahi minyak sebelum di tabur di atas kuih.

CARA MEMBUAT:

  1. 1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in diameter dengan mentega.

    2. Masak gula, daun pandan & secawan air tadi hingga hancur kemudian sejukkan.

    3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.

    4. Panaskan periuk kukusan. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur & buang tali pusatnya) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.

    5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.

    6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit.

    7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garam diatasnya.