Tiada Lagi Perkongsian Masakan & Resipi Daripada Tuanku Permaisuri Agong.

Share

Sejak dari malam tadi, kecoh di media-media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong Tuanku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah @cheminahsayang yang tidak lagi aktif. Ia telah menyebabkan timbul tanda tanya dikalangan netizen yang mengikuti perkembangan permaisuri berjiwa rakyat ini.

Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan bersahaja, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda yang rata-ratanya memang menarik perhatian ramai.

Perkongsian baginda kebanyakannya mengenai aktiviti-aktiviti harian, keluarga

dan juga kucing terbaru peliharaan baginda. 

Malah seperti yang kita semua sedia maklum, Permaisuri Agong juga seorang yang sangat handal memasak. Bukan hanya masak untuk ahli keluarga malah para pekerja istana juga dapat menikmati air tangan baginda. Oleh yang demikian, laman sosial ini menjadi ruang pengantara untuk baginda berkongsi resipi-resipi masakan yang dimasak supaya ia dapat dicuba sendiri oleh rakyat.

Oleh sebab itu, ketiadaan akaun media sosial Tuanku itu telah menjadi topik utama netizen yang turut menyatakan rasa sedih mereka. Malah pagi ini tanda palang (hashtag) #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong telah menjadi trending di laman twitter.

Berikutan hal tersebut, ada yang menyatakan bahawa Tuanku Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda. 

Sedih akan hal ini, rakyat mula meluahkan rasa kecewa dan meminta Tuanku Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaunnya itu.

Aku sedih kenapa Tunku Azizah deactive twitter

Mak buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong

Peramah, down to earth & dekat dengan rakyat. Siap ada buku resepi memasak lagi.

Kami akan rindukan Tunku Azizah

Permaisuri Agong selalu kongsikan kebahagiaan, perkara positif dan doakan kita rakyat jelata.

Rindukan Permaisuri kami, tolonglah ‘kembalikan’ Baginda semula.

Kami berharap segalanya akan okay dan Tuanku akan kembali bersama kami di twitter semula.

Sentiasa positif & mendoakan rakyat

 

Diharap Tuanku Permaisuri Agong akan berkenan untuk membuka kembali akaun twitter beliau. 

 

Sumber: Twitter

IKLAN