Masakan tradisi kampung iaitu pisang muda dimasak gulai dengan rasa manis kelat buah pisang. Lebih enak dimakan dengan sambal belacan.

GULAI LEMAK PISANG MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sisir pisang emas muda
  • 100gm tulang ikan talang masin | rendam
  • 1liter santan pekat
  • 2 batang serai | ketuk
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 10 biji cili padi | kisar
  • 2.5cm kunyit hidup | kisar
  • Daun kunyit | mayang halus

CARA MEMASAK:

  1. Pisang emas, disiat kulitnya dan dipotong serong. (Jika suka boleh masukkan kulit pisang sekali dalam masakan)
  2. Masukkan semua bahan kisar bersama tulang ikan masin ke dalam periuk.
  3. Seterusnya tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  4. Selepas itu,masukkan pula pisang tadi dan serai yang telah diketuk ke dalamnya.
  5. Taburkan daun kunyit hiris, biarkan mereneh.
  6. ambahkan garam secukup rasa, dan biar kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Kulit pisang juga boleh dimasukkan ke dalam gulai jika suka.