Teringin Nak Makan Kuih Bakar Panas-Panas? Extra Garing? Ha…Jom Buat Sendiri!

Share

Kuih bakar memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri? Tak susah pun. Jom cuba!

 

KUIH BAKAR TRADISI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 2 cawan santan ( empunya resipi guna santan Kara)
  • 1 cawan air ( kisar bersama 6 helai daun pandan) – tapis
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau jika suka
  • Bijan sangai secukupnya – hiasan

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan( kecuali bijan sangai) ke dalam mangkuk. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.

2. Sapu sedikit minyak pada loyang. ( empunya resipi panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat).

3. Tuang adunan kuih bakar dan tabur bijan sangai.

 

4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 180C selama 40 minit.

5. Untuk menikmatinya, biarkan kuih sejuk sedikit terlebih dahulu dan baru dipotong.

 

Kredit resipi & gambar: MariaKhalisya Khalis

IKLAN