Teringin Laksa Lemak Putih Kelantan, Sedap Betul Terasa Ikannya

Share

Sebut sahaja Laksa Lemak Putih, terus mengimbau kenangan ketika menikmatinya di Kelantan suatu ketika dahulu. Sedap betul rasa lemak ikannya dan kuahnya yang pekat. Dimakan pula dengan ulaman dan sambal belacan. Padu betul.

Jika sesekali teringin, tak perlu lagi ke Kelantan semata-mata untuk menikmatinya. Boleh saja buat sendiri menerusi resipi hasil perkongsian daripada Roselinda Jd ini. Jom kita cuba.

LAKSA KUAH LEMAK PUTIH KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

1 paket kecil laksa kering – Boleh beli online di sini

BAHAN KUAH:

5 ekor ikan kembung

2 asam keping – Boleh beli online di sini

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 ketul kecil halia

½ sudu makan lada hitam – Boleh beli online di sini

1 sudu teh garam

1 ½ kotak santan – Boleh beli online di sini

2 cawan air

BAHAN ULAM:

1 ikat daun selom

5 batang kacang panjang – Boleh beli online di sini

1 ikat daun kesum – Boleh beli online di sini

1 kuntum bunga kantan 

1 mangkuk tauge

**Semua ulam dihiris halus.

BAHAN SAMBAL BELACAN:

2 tangkai cili merah

10 tangkai cili padi – Boleh beli online di sini

½ sudu teh garam

1 sudu teh belacan – Boleh beli online di sini

1 biji limau nipis – Boleh beli online di sini

**Tumbuk semua bahan kecuali limau. Bila semua bahan telah ditumbuk lumat, perahkan limau.

CARA MEMASAK:

Rendam laksa kering dan rebuskan hingga masak.

Rebuskan pula ikan, letakkan garam dan asam keping. Asingkan isi dan tulangnya.

Kemudian, kisarkan dengan 2 cawan air rebusan ikan dan tapis ambil airnya. Isi ikan juga dikisar dengan air tulang ikan tadi.

Kisarkan pula bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam.

Dalam periuk, campurkan isi ikan, bahan kisar, santan, air, garam dan asam keping.

Masak dan kacau selalu hingga mendidih perlahan dan kuah pekat.

Sesuaikan rasa garam dan gula.

Dah siap Laksa Kuah Lemak Kelantan. Sedia dihidangkan.

Kredit: Roselinda Jd

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN