Terasa Nak Makan Mi Jawa? Resipi Homemade Ni Anda Boleh Cuba

Share

Jom masak Mi Jawa yang sedap ni. Kita beruntung sebab Malaysia ada banyak hidangan yang enak untuk dicuba. Kalau teringin nak makan mi, beratus-ratus resipi enak yang ada. Salah satu yang popular adalah Mi Jawa ni lah. Kuah Mi Jawa ni dihasilkan dari keledek dan udang kering yang memekatkan lagi kuah. Rasa memang padu. Cubalah! Saudari Marina Ismail ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI MI JAWA HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo mee kuning – celur
  • 2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan kisar
  • 1 cawan udang kering – goreng dan kisar beli online disini
  • 1 cawan udang hidup – rebus dan kisar
  • 5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau

 

BAHAN KISAR:

 

BAHAN SAMPINGAN:

  • Telur rebus – potong separuh
  • Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik
  • Cili hijau dan cili merah dihiris
  • Bawang goreng beli online disini
  • Daun saderi dan daun bawang, dihiris
  • Taugeh – celur
  • Limau kasturi – belah

 

CARA MEMASAK:

1.Rebus keledek hingga empuk. Kemudian kisar.

2. Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.

3. Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan kisar sampai naik bau.

4. Masukkan kisaran udang kering dan udang hidup  yang sudah kisar halus. Gaul sampai sebati.

5. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.

6. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.

7. Akhir sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya. Kuah mee jawa ni agak manis sikit. Boleh ubahsuai rasa ikut citarasa.

 

CARA MENGHIDANG:

1.Masukkan mee yang dah dicelur tu dalam mangkuk.

2. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.

3. Curahkan 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak telur rebus yang dah potong kat atas.

4. Akhir sekali tabur daun saderi, daun bawang dan limau kasturi.

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Marina Ismail

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN