Tepung Pelita Lemak Manis Memang Tak Cukup Satu

Share

Kuih tradisi tepung pelita memang ramai peminatnya. Cukup rasa dengan lemak manisnya memang ulang kali makan. Ikut cara yang betul pasti menjadi elok dan sedap. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsi ini.

 

Tepung Pelita

Lapisan bawah:

1 cawan tepung beras

1 cawan gula (nak manis lebihkan sikit)

1/2 cawan air pandan

3 cawan air

Sedikit pewarna hijau

Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

Satukan semua bahan dan kacau tanpa henti dengan api sederhana,jangan bagi berketul dah pekat sikit kecilkan api terus kacau hingga berkilat dan nampak licin,panas-panas tuang dalam bekas.

 

Lapisan atas:

1 cawan tepung beras

2 cawan santan dari sebiji kelapa

1 sudu besar gula

1 sudu teh garam

3 cawan air

Proses memasak sama seperti lapisan bawah tadi.

Kredit: Ida Zaida

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN