Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak. Dibalut dengan tepung beras sangai, rasanya memang klasik, sedap makan panas-panas atau sejuk.
Resipi ini guna keledek oren untuk dapatkan doh yang lembut dan kenyal, ditambah aroma pandan buat kuih ni lebih wangi menggoda. Jom kita tengok cara nak buat!
1 biji kelapa muda (ambil bahagian putih sahaja)
2 senduk gula merah
Sedikit gula pasir
1 biji keledek oren (buang kulit & rebus)
1 sudu kecil garam
1/2 bungkus tepung pulut
Sedikit perasa pandan
Tepung beras sangai secukupnya (untuk salutan)
2. Masak hingga gula larut, kemudian masukkan kelapa parut. Kacau hingga agak kering, tutup api dan biarkan sejuk.
3. Bagi membuat doh, rebus keledek hingga empuk. Kemudian tos dan kisar halus dan masukkan dalam bekas.
4. Tambah perasa pandan dan masukkan sedikit demi sedikit tepung pulut. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
5. Ambil sedikit doh, bulatkan kemudian leperkan di tengah. Masukkan inti kelapa dan tutup semula, bulatkan doh. Dalam masa yang sama, didihkan air dalam periuk.
6. Bila air mendidih, masukkan doh. Biarkan doh timbul sendiri (seperti buah Melaka), angkat dan toskan.
7. Gaulkan doh yang telah masak dalam tepung beras sangai hingga rata. Biarkan sejuk sedikit sebelum hidang.
Kredit resipi & foto: Rozita Daud
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA