Tepung Boko Ubi Kayu. Kuih Tradisional Tersohor Kegemaran Orang Kelantan.

Share

Kuih ini antara yang popular di Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, semamngnya ia sangat sukar untuk ditolak. Manis, lembut dan rasa sangat enak. Bagi yang belum pernah rasa, bolehlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

TEPUNG BOKO UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 cawan air*
  • 3 helai daun pandan *

CARA-CARA:

  1. Masak bahan bertanda(*) sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
  3. Kukus sampai masak. ANgkat dan ketepikan.

BAHAN UNTUK BUAT KEPALA SANTAN ( SOS PUTIH):

  • 1 cawan santan pekat (1 kotak) – pakai santan segar lagi sedap
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan diatas dam periuk. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut.
  2. Buka api perlahan dan masak hingga pekat.
  3. Angkat dan nikmati bersama ubi kayu kukus tadi.

Kredit resipi & foto: Zaiman Zakaria

IKLAN