Tempe Goreng Berempah, Kudapan Ringan Yang Paling Sedap Dikunyah

Share

Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.

Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

TEMPE GORENG REMPAH


.

BAHAN-BAHAN:

  • Ketumbar
  • Jitan manis
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Tepung gandum
  • Air

.

INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)

CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.


.

2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.


.

3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.


.

4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan


.

5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.


.

INFO:

  1. Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
  2. Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja

IKLAN