Telur Puyuh Masam Manis, Menu Sempoi & Sedap.

Share

Telur puyuh walaupun kecil tapi sedap dan kaya dengan khasiat.  Kepada pengemar telur puyuh, hari RASA kongsikan 1 menu ringkas menggunakan telur puyuh yang sangat sedap dan boleh dipadankan dengan nasi putih, nasi lemak, roti mahupun roti canai.  Orang bujang boleh cuba ni kerana resipi disertakan dengan DIY cara membuatnya sekali.

TELUR PUYUH MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh|direbus dan buang kulit
  • 2 keping nanas dalam tin| didadu kecil
  • Sedikit cili benggala |didadu kecil
  • 2 sudu makan pes cili merah
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang besar|dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih|diincang halus
  • 2cm halia muda |dicincang halus
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya.

 LANGKAH DEMI LANGKAH:

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia cincang hingga wangi.Masukkan pes cili merah, kacau hingga pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomatoLengkapkan rasa dengan garam dan gulu secukupnya.

  1. Masukkan telur puyuh dan gaul rata.
  2. Diikuti dengan nanas dan cili benggala telah didadu kecil, gaul rata. Angkat dan hidangkan.

 

IKLAN