Telur Goyang Kicap, Lauk Emergency Yang Buka Selera

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi telur goyang masak kicap. Lauk ini amat menyelerakan dan bolehlah dianggap sebagai lauk emergency. Kenapa emergency? Ini kerana lauk telur goyang masak ini boleh dimasak dalam waktu kurang daripada 15 minit. Sesuai sangatlah kalau memang tengah lapar, kan?

Jom kita lihat resipinya.

TELUR GOYANG KICAP

BAHAN-BAHAN
Minyak masak
3 biji telur ayam
1 labu bawang besar (hiris) – boleh juga guna bawang merah kecil
7 tangkai cili padi (boleh juga guna cili besar)
Sedikit sos cili
Kicap manis secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Goreng telur ayam satu demi satu. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak masak yang sama, tumis bawang besar sehingga garing.
4. Masukkan cili sos dan cili padi. Kacau sebati.
5. Taburkan bahan tumisan tadi ke atas telur yang telah digoreng.
6. Tuang kicap secukupnya.

Menyelerakan.
Sesuai dijadikan bekal ke tempat kerja.
Sedap dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Yasmin Dayanti Fami

IKLAN