Makanan

Telur ‘Bintang Utama’ Musim Piala Dunia, Cepat Dimasak, Tinggi Protein & Mesra Poket

Share

Telur ‘Bintang Utama’ Musim Piala Dunia, Cepat Dimasak, Tinggi Protein & Mesra Poket. Apabila tibanya musim Piala Dunia, bukan sekadar penyokong bola sepak yang semakin bersemangat, malah suasana berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menonton perlawanan juga menjadi satu tradisi. Sudah tentu, setiap sesi tontonan akan lebih meriah jika ditemani hidangan yang sedap dan mudah dinikmati di rumah.

Bila tiba waktu rehat atau separuh masa, mesti ramai mula mencari makanan yang mudah disediakan, mengenyangkan dan tidak memerlukan masa yang lama di dapur.

Kalau sebut menu bola, ramai terus terbayang ayam goreng, pizza atau burger. Namun sebenarnya, telur juga boleh menjadi bintang utama di meja tontonan. Selain harganya yang lebih menjimatkan, telur merupakan sumber protein berkualiti tinggi yang membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang lebih lama. Dengan sedikit kreativiti, telur boleh diubah menjadi pelbagai hidangan yang sedap, mengenyangkan dan sesuai dinikmati sambil menonton aksi pasukan kegemaran.

1. Cepat Disediakan, Tak Terlepas Sepakan Minit Penting

Perlawanan bola sepak boleh berubah dalam beberapa saat. Takkan nak habiskan masa sejam di dapur? Dengan telur, anda boleh sediakan pelbagai hidangan dalam masa kurang 10 minit. Sambil perlawanan berehat sekejap pun sempat siap.

Antara menu telur ringkas yang boleh dibuat seperti;
Telur dadar rangup
Telur mata
Telur hancur (scrambled egg)
Sandwic telur
Nasi goreng telur
Omelet cheese
Egg mayo

Telur

2. Tinggi Protein, Kekal Bertenaga

Satu biji telur mengandungi sekitar 6 hingga 7 gram protein berkualiti tinggi. Protein membantu memberikan rasa kenyang lebih lama dan membekalkan tenaga, terutama jika anda berjaga sehingga lewat malam untuk menyaksikan perlawanan. Berbanding snek ringan yang tinggi gula atau garam, telur memberikan tenaga yang lebih stabil.

3. Jimat Bajet Tapi Puas Makan

Musim Piala Dunia biasanya berlangsung hampir sebulan. Kalau setiap malam membeli makanan luar, memang boleh terasa juga kosnya. Dengan beberapa biji telur sahaja, anda boleh menyediakan hidangan untuk seisi keluarga pada harga yang jauh lebih berpatutan.

Telur

4. Mudah Dipadankan Dengan Apa Sahaja

Inilah kelebihan telur. Hampir semua bahan di dapur boleh digabungkan dengannya. Tak perlu bahan yang mahal pun tetap sedap.

Contohnya:
Roti + telur
Nasi + telur
Mi segera + telur
Kentang + telur
Sayur + telur
Keju + telur
Sosej + telur

Telur

5. Sesuai Dijadikan Snek Ketika Menonton

Kalau tak mahu makan terlalu berat waktu malam, telur juga boleh dijadikan snek yang lebih mengenyangkan. Senang dimakan sambil menonton tanpa perlu berulang kali ke dapur.

Antaranya:
Telur rebus
Deviled egg
Egg bites
Mini omelet muffin
Telur goreng potong kiub bersama sos

Telur

6. Kaya Dengan Pelbagai Nutrien Penting

Selain protein, telur turut mengandungi pelbagai nutrien seperti Vitamin A, Vitamin D, Vitamin B12, Kolina yang baik untuk fungsi otak, Selenium dan Zat besi. Sebab itu telur sering dianggap sebagai salah satu makanan paling lengkap dari segi nutrisi.

Tak kira anda penyokong Argentina, Portugal, England atau mana-mana pasukan sekalipun, satu perkara yang hampir semua peminat bola sepak boleh setuju ialah telur memang antar ‘bintang utama’ ketika musim Piala Dunia. Cepat dimasak, mengenyangkan, berkhasiat dan mesra poket.

Jadi sebelum wisel sepak mula dibunyikan, pastikan stok telur di rumah sentiasa mencukupi. Siapa tahu, hidangan ringkas berasaskan telur mungkin menjadi Most Valuable Player “MVP” sebenar sepanjang musim Piala Dunia ini!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Published by
Suhaidah Abd Wahab