Peti sejuk antara barangan keperluan yang sangat penting bagi setiap rumah terutama bagi menyimpan pelbagai barangan segar seperti ikan, daging, sayuran dan buah-buahan. Ia juga bagi memastikan makanan tahan lebih lama, berada dalam keadaan baik dan selamat sehingga tiba masa untuk digunakan atau dimakan. Selain itu peti sejuk juga dapat membantu mengekalkan rupa dan rasa makanan serta kandungan nutrien.
Menggunakan kaedah pencairan yang salah akan menghilangkan nutrisi pada daging, ikan, dan ayam sehingga turut menjejaskan rasa masakan.Peti sejuk Panasonic ini juga mempunyai teknologi pendingin unik bagi mengekalkan suhu optimum dalam setiap ruang peti sejuk bagi membolehkan setiap makanan berada dalam suhu ideal. Teknologi Prime Fresh pula merupakan teknologi soft freezing atau pembekuan yang menjaga suhu kompartmen peti sejuk pada -3°C .
Melalui teknik pembekuan fresh ini ia membolehkan makanan disimpan lebih lama tanpa menghilangkan nutrisi, rasa dan teksturnya. Teknologi ini juga menjadikan daging, ikan, dan ayam lebih cepat dan mudah diolah pada ketika ingin dimasak. Jadi anda tidak perlu tunggu lama untuk proses pencairan ini.
Teknologi Prime Fresh ini juga membolehkan makanan berada dalam tahap kesegaran yang diperlukan hingga 7 hari. Semestinya ia dapat meringankan beban tugas memasak setiap hari terutama bagi ibu-ibu yang bekerja. Makanan yang telah dimasak boleh disimpan tanpa perlu merasa gusar tentang kehilangan nutrisi dan rasanya .
Hidangkan makanan lazat dan berkhasiat yang dimasak di rumah untuk seluruh keluarga dengan pilihan peti sejuk Panasonic. Sungguh banyak kelebihan peti sejuk Panasonic dengan teknologi Prime Fresh ini.
Ads
Ruang penyimpanannya juga cukup luas bagi menempatkan pelbagai jenis makanan, minuman dan sebagainya. Ada lagi kelebihannya. Peti sejuk ini juga baik dalam menghapuskan bauan dengan menyahaktif 99.9% bakteria.
Sistem pengesan Econavi pada peti sejuk ini dapat memantau tahap pencahayaan dan suhu dalam peti bagi menganalisis dan memberi tindak balas untuk mengekalkan penyejukan ideal serta mengelakkan pembaziran tenaga.
Untuk itulah pemilihan peti sejuk yang tepat juga sangat penting bukan sahaja cantik tetapi ia mampu menjaga kualiti makanan yang disimpan selain mempunyai sistem penjimatan tenaga elektrik. Jika ini yang anda inginkan, Panasonic adalah pilihan terbaik buat anda.
Ads
Panasonic menawarkan teknologi terkini dalam penjimatan masa dan penjimatan bijak dalam penggunaan elektrik melalui sistem Econavi sehingga 10%. Turut dilengkapi dengan teknologi Inverter yang mampu menjimatkan sehingga 40 % penggunaan elektrik.
Peti sejuk 4 pintu ini semestinya memudahkan adan untuk menyimpan dan mengambil barang makanan. Ia juga direka dengan rak kaca keras yang mampu menampung berat sehingga 100kg.
Jadi sudah semestinya Peti sejuk dengan rekaan moden ini dapat memberikan gaya hidup sempurna dan menghidupkan dekorasi ruang dapur anda.
Sekali lagi berlangsung Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (16 Disember 2020). Kali ini penyertaan sangat mengagumkan dari kelas terdahulu.
Biarpun kelas dibuat secara atas talian namun sambutan sungguh menggalakkan. Masing-masing teruja dan gembira. Mungkin ada yang pertama menyertainya dan ada yang sudah menyertai sebelumnya.
Kelas bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin serta ditemani oleh Instafamous yang tidak asing Lynn Mikael. Kalau kita jenguk ke Instagramnya, penuh dengan ratusan resipi dan video-video masak pelbagai menu dan cita rasa.
Walaupun pertama kali buat Lynn ke udara secara langsung namun kedua personaliti ini nampak bersahaja dan begitu serasi bersama. Menariknya dalam kelas masakan ini, peserta dapat banyak tip dan info masakan yang boleh dimanfaatkan.
Tidak kurang juga ramai yang bertanya pelbagai soalan menjadi kelas tambah rancak. Chef dan Lynn sama-sama berinteraksi dengan peserta menjawab soalan yang diajukan.
Sebanyak empat resipi telah dikongsi bersama para peserta. Resipi yang mudah, kombinasi cita rasa tradisional dan moden. Tambah sedap bila masakan ini menggunakan produk-produk Maggi®.
Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu resipi penuh dalam kelas masakan ini. RASA kongsikan buat anda yang ingin mencuba. Hidangkan buat keluarga, pasti mereka suka.
CUCUR SAYURAN MAGGI
BAHAN A
200 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
½ camca teh serbuk kunyit
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
50 gm marjerin
1 biji telur
BAHAN B
1 labu bawang besar-dicincang
100 gram udang kering -direndam & dicincang halus
1 biji cili merah-dicincang
50 gram kubis-dihiris
50 gram kacang panjang-dihiris nipis
50 gram lobak merah
300 ml air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan kesemua bahan A sehingga rata.
Masukkan bahan B dan gaulkan sebati.
Campurkan air dan telur, tuangkan dalam adunan tepung dan gaul rata.
Panaskan minyak, goreng cucur seperti biasa hingga kekuningan.
Hidangkan panas.
MUFFIN PAZZTA MAGGI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar mentega
100 gram ayam cincang
250 ml air
1 bungkus MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni
2 sudu besar lobak merah-dicincang
1 biji telur
1 sudu besar tepung
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masukkan mentega and ayam cincang, tumis sehingga wangi.
Tuangkan air, masukkan MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni dan lobak merah.
Biarkan ia mendidih, turunkan suhu dan reneh selama 5 minit.
Biarkan ia sejuk sedikit, gaulkan tepung dan telur. Panaskan oven ke 180°c.
Bakar selama 5-10 minit. Dihidangkan bersama MAGGI Sos Cili/MAGGI Sos Tomato.
LEMPENG KELAPA LEMAK DAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil tepung penaik
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 ½ cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 ¼ cawan air
1 sudu besar minyak
Sedikit minyak untuk memasak lempeng
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil minyak masak
½ biji bawang merah-dihiris
2 pek MAGGI Pes Sambal Tumis
80 gram ikan bilis-dibersihkan & direndam selama 10 minit
¼ sudu kecil asam jawa pes
100 ml air
2 sudu kecil gula
3 biji telur-direbus
100 gram timun- dihiris
CARA MEMASAK LEMPENG:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.
Biarkan ia rehat sebentar, sementara itu panaskan kuali leper.
Tuangkan adunan ke dalam periuk, masak selama 2-3 minit.
Masakkan semua sehingga habis adunan.
CARA MEMASAK SAMBAL:
Panaskan minyak.Tumiskan bawang merah dan masukkan MAGGI pes Sambal Tumis. Gaulkan rata.
Masukkan ikan bilis, asam jawa pes, air dan gula. Reneh sehingga masak.
Hidangkan nasi bersama sambal ikan bilis, telur dan timun.
PIZZA MAGGI SENANG
BAHAN A
2 sudu besar minyak
1 pek MAGGI 2 Minit Ayam- direbus & tapis
1 biji telur
½ pek Perencah MAGGI Ayam
BAHAN B
3 sudu besar MAGGI Sos Tomato
2 sudu kecil oregano
½ cawan keju mozarella
½ cawan bayam
1 batang sosej, dihiris panjang
CARA MEMASAK:
Rebuskan air, masukkan MAGGI Mi dan masak selama 2 minit.
Tapiskan bawah air sejuk, untuk menghentikan proses masak.
Di dalam mangkuk, gaulkan ke semua bahan A sehingga rata.
Panaskan periuk, masukkan minyak dan tuangkan adunan. Leper dan ratakan. Tutup periuk untuk masak dengan rata.
Masak MAGGI MI selama 2-3 minit dan pusingkan.
Dalam mangkuk kecik, gaulkan MAGGI Sos tomato dan oregano.
Jika MAGGI Mi masak, sapukan adunan tomato, letakkan keju, bayam sosej. Perlahankan api dan masak selama 3-5 minit atau sehingga keju cair.
Keempat resipi sudah dikongsi, jangan lupa cuba .
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini tambah rancak apabila soalan-soalan kuiz diajukan kepada peserta. Hadiahnya memang lumayan iaitu baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.Memang berbaloi.
Inilah pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Tahniah buat ketiga-tiga pemenang.
Anda yang terlepas atau mahu mahu melihat semula Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, boleh tonton menerusi link di bawah ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Program Rasa Ajar Masak (RAM) bakal melabuhkan tirai pada 30 Mac ini setelah membawa 22 selebriti terkenal tanah air berkongsi pelbagai resipi istimewa. Disiarkan selama 22 episod bermula 1 Mac 2025 di Astro Ria dan Astro Go, setiap Sabtu hingga Rabu jam 7.00 malam, RAM bukan sekadar sebuah program masakan, tetapi juga perkongsian resipi antara ibu dan anak, suami dan isteri menjadikan program ini penuh dengan rencah dan momen yang mencuit hati.
44 Resipi Menarik Untuk Dicuba
Dalam setiap episod, para selebriti turut berkongsi cerita-cerita peribadi yang penuh kenangan sepanjang bulan Ramadan. Gelagat lucu dan ceria mereka di dapur membuatkan kita tidak hanya tertawa, malah turut terkenang kisah-kisah manis di bulan penuh keberkatan ini.
Yang lebih menarik, RAM tidak sekadar menampilkan hiburan semata-mata tetapi juga memberi kita peluang untuk belajar pelbagai resipi yang sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Sepanjang episod yang disiarkan, 44 resipi menarik telah dikongsi oleh selebriti undangan.
Antara resipi menarik dan unik adalah Lidah Lembu Bakar dan Air Asam Kerisik serta Nasi Ulam Tumis yang dimasak oleh Dato’ Chef Ismail dan Maria Tunku Sabri. Puding Payasam yang dimasak oleh Watie Hanifiah, Pandan Payasam Triffle yang dimasak oleh Chef Adu dan Wantan bersama Inti Rendang Ayam yang dimasak oleh Angeline Tan. Memang pilihan resipi yang pelbagai dan sedap!
Bagi yang teringin untuk masak menu istimewa sempena rumah terbuka, RAM turut berkongsi resipi Kurma Kambing yang mudah dan lazat. Hanya menggunakan rempah BABA’S, hidangan ini boleh disediakan dengan cepat dan dijamin rasanya tidak kalah dengan kurma kambing yang ada di restoran. Tentu tetamu akan memuji keenakan hidangan tersebut. Anda boleh tonton video resipi penuh dalam program RAM untuk mencuba sendiri resipi ini di rumah.
Melihat gelagat selebriti memasak sambil berkongsi cerita membuatkan kita teringat memori pertama kali belajar memasak atau mungkin ketika pertama kali mencuba resipi untuk berbuka puasa.
Resipi Borneo Istimewa oleh Wafiy Ann di Episod 22!
Jangan lupa saksikan episod terakhir pada 30 Mac 2025 yang menampilkan selebriti muda berbakat, Wafiy Ann, yang berkongsi resipi Borneo istimewa bersama adiknya. Resipi Borneo ini memukau penonton dengan kelainan dan kekayaan rasa tradisional dari wilayah Malaysia Timur.
Wafiy Ann dan adiknya mempersembahkan hidangan yang jarang-jarang kita dapat lihat di televisyen. Mereka berkongsi resipi khas dari Borneo yang penuh dengan rasa asli dan unik. Anda pasti teruja melihat bagaimana mereka mengolah bahan-bahan tempatan dengan cara yang istimewa, memberi peluang untuk anda mencuba resipi yang menggugah selera dan tentunya membawa kita lebih dekat kepada keindahan masakan Malaysia Timur.
Jadi, pastikan anda tonton kerana resipi Borneo yang dikongsikan bukan sahaja membuka selera tetapi juga membawa nostalgia ke kampung halaman. Sambil memasak, Wafiy Ann dan adiknya turut berkongsi cerita peribadi tentang pengalaman mereka semasa Ramadan yang penuh dengan kenangan manis.
Pastikan Ramadan kali ini penuh dengan memori manis bersama Rasa Ajar Masak.
Jangan lupa tonton episod terakhir RAM pada 30 Mac 2025 hanya di Astro Prima dan Astro Go, jam 7 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menjadi rutin bagi ibu-ibu terutamanya yang berkerjaya untuk mencari seleksi resipi yang mudah dan cepat masak. Paling penting ia sedap serta digemari suami serta anak-anak.
Masakan terutamanya yang bersantan, semuanya enak-enak. Kari, Gulai, Masak Lemak Cili Padi, aneka bubur dan manisan antara sajian popular yang digemari dan menduduki carta teratas dalam senarai menu kegemaran rakyat Malaysia.
Namun ada yang mengeluh kalau nak memasak lauk pauk begini, terpaksa ke pasar basah untuk beli santan perah segar. Jika ramai pelanggan, kenalah ambil giliran dan menunggu. . Harga santan perah sekarang pun boleh tahan mahal juga. Malah cepat basi jika tidak kena cara penyimpanannya.
Tahukah anda memasak masakan bersantan menggunakan SAJI Santan adalah lebih mudah, sedap dan menjimatkan masa? Malah SAJI Santan juga mempunyai keunikan aroma wangi santan dan rasa segar seperti baru diperah.
Seleksi SAJI Santan juga lebih terjamin dari segi kebersihan berbanding santan yang diperah secara manual. Ia dihasilkan menerusi proses Ultra High Temperature (UHT) sekaligus menjadikan SAJI Santan lebih selamat digunakan dalam masakan harian.
SAJI Santansesuai digunakan dalam semua jenis masakanseperti lauk pauk, manisan, kuih muih, minuman, dan bermacam-macam lagi.
Terdapat tiga pilihanSAJI Santan yang menjadi pilihan para surirumah di Malaysia iaitu:
SAJI Santan Kelapa
SAJI Krim Kelapa
SAJI Santan Kelapa “Light”
Tidak perlu berasa ragu untuk menggunakan SAJI Santan setiap hari dalam masakan anda kerana ketiga-tiga varian ini dijamin:
Segar seperti baru diperah
Makanan bebas kolesterol
Tanpa Bahan Pengawet
SAJI Santan Kelapa diperbuat daripada santan baru diperah dari kelapa yang dipilih khas untuk memberikan rasa yang terbaik. Tekstur santannya halus serta beraroma menjadikan masakan anda jadi lebih sempurna. Boleh didapati dalam saiz 200ml, 1 liter, dan pek jimat (200mlx6).
SAJI Krim Kelapa, memberikan rasa paling berlemak antara semua varian. Teksturnya lebih pekat, lebih berkrim . Ia juga mempunyai rasa dan aroma santan yang lebih kuat. Sangat sedap digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan boleh didapati dalam saiz 200ml.
Bagi anda yang sukakan santan yang kurang lemak, pilihlah SAJI Santan Kelapa “Light”ini. Bersaiz 200ml, kandungan lemaknya hanya 12% sahaja. Wow! Memang lebih sihat. Tapi walaupun lemaknya lebih rendah, rasa, aroma, serta kesegarannya tetap terbaik.
Masak apa pun menjadi dengan SAJI Santan ni. Patutlah santan ni menjadi pilihan Instafamous tersohor, KhairulAming. Anda pun kalau nak masak sedap-sedap macam beliau, jangan lupa guna SAJI Santan dalam masakan.
Istimewa buat anda, RASA ingin berkongsi seleksi resipi mudah, sedap, dan cepat masak yang boleh dihasilkan menggunakan seleksi produk SAJI Santan. Cubalah. Pasti anda dan keluarga sukakannya.
1.KARI AYAM TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
600gm ayam – potong sederhana
2-3 biji telur rebus – kupas
200ml SAJI Santan Kelapa
2 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. 2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili. 3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut. 4. Tambahkan SAJI Santan Kelapa. Biarkan mereneh guna api sederhana sehingga ayam empuk. Tambah air jika perlu. 5. Masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. 6. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
2. UDANG KARI MERAH THAI BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL
4 keping nanas
200ml SAJI Santan Kelapa “Light”
2 sudu makan pes kari merah thai – boleh didapati di pasaraya
3 helai daun limau purut – carik
2 hiris lengkuas
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes kari merah Thai, kacau rata lebih kurang dua minit.
3. Masukkan udang, hirisan lengkuas dan daun limau purut.
4. Kacau rata, kemudian masukkan SAJI Santan Kelapa “Light” dan hirisan nanas.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila udang masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
3. GULAI NANGKA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 ketul ikan masin kurau/talang – dipotong dan direndam
1 mangkuk nangka muda – direbus empuk
200ml SAJI Santan Kelapa “Light”
100mlSAJI Krim Kelapa
1 biji tomato – belah empat
Sebatang serai – dititik
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji cili merah
1 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan kisar, SAJI Santan Kelapa “Light”, ikan masin, serai dan nangka. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
2. Masukkan SAJI Krim Kelapa dan tomato. Kacau rata. Rasa sebelum menambah garam dengan secukupnya.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
4. PULUT SEKAYA
BAHAN LAPISAN PULUT:
2 cawan pulut – rendam semalaman
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu teh gula
1/2 cawan SAJI Krim Kelapa
1 ½ cawan air
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
2 ketul gula melaka @ gula merah /dicairkan
CARA MASAK LAPISAN PULUT:
1. Toskan beras pulut dan satukan dengan garam, gula, SAJI Krim Kelapadan air. Kacau sebati dan kukus hingga masak.
2. Setelah pulut masak, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic tahan panas. Tekan-tekan sehingga mampat dan padat.
CARA MASAK LAPISAN ATAS:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tapis dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi.
3. Kukus sekali lagi selama 45 minit hingga sejam.
4. Setelah sejuk, bolehlah dipotong untuk dihidang.
5. BUBUR LABU CHACHA
BAHAN-BAHAN: • 100gm chacha • 100gm labu – dipotong • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 50gm gula merah/melaka • 200mlSAJI Krim Kelapa • 600gm air • 1 helai daun pandan • 2 sudu makan sagu mata ikan – basuh dan toskan air • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus chacha bersama air sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk. 2. Setelah empuk masukkan sagu, gula, gula merah, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan SAJI Krim Kelapa. 3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
6. PENGAT KELEDEK UNGU
BAHAN-BAHAN:
400gm keledek ungu – potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
100gm gula pasir atau secukup rasa
50gm gula merah/melaka
200ml SAJI Krim Kelapa
600gm air
1 helai daun pandan – simpul
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Dalam periuk bersesuaian, rebus keledek sehingga empuk.
2.kemudian masukkan gula, gula merah/melaka, garam dan daun pandan. 3. Kacau sebentar kemudian masukkan SAJI Krim Kelapa.
4. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Nak tahu lebih banyak lagi informasi mengenai SAJI Krim Kelapa & SAJI Santan Kelapa? Layari https://fgvdelima.com/ dan boleh dapatkan produk-produk ini menerusi pembelian atas talian dihttps://shopee.com.my/kedaifgv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!