
Teknik mendonut tanpa perlu diuli memang memudahkan kerja. Elok kembang gebu donut yang dihasilkan memang sesuai untuk ibu-ibu sibuk bekerja menyediakan donut ini. Selamat mencuba!
RESIPI DONUT GEBU TANPA ULI
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket yis kering
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawan air suam
- 2 sudu gula
*campurkan bahan di atas dan biarkan kembang
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu marjerin
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
- Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
- Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
- Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
- Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
- Biarkan selama 30 minit atau sehingga donut kembang.. Lepas tu boleh goreng.
TIP: Untuk frozen, goreng sekejap je ye.
Kongsi Resepi: Che Eda
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
7 Jenis Lauk Sayur Masak Bening, Ringkas Dan Mudah Dimasak!

Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk manis
- 100gm labu | dipotong dadu
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 biji cili padi
- 1 liter air
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
- Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
- Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
- Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat bayam merah | dibersihkan
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 hiris halia
- Garam secukup rasa
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
- Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji petola | kupas dan hiris
- 4 ulas bawang merah | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 2 sudu makan udang kering | direndam air
- 15gm suhun | direndam
- 1 biji cili merah | dihiris
- 500ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
- Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
- Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
- Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kubis | dihiris
- 1/2 batang lobak merah | dihiris
- 50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah - 1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
- Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk paku | dibersihkan
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1 ulas bawang putih
- Segengam udang basah
- 1 biji cili merah | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
- Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
- 2 batang serai | dititik
- 4 biji cili padi | dipecah sedikit
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 liter air
- Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
- Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
- Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat daun belinjau
- 1 sudu makan ikan bilis
- 2 biji bawang merah | dimayang
- 1 ulas bawang putih | dimayang
- Sedikit suhun
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
- Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
- Tutup apinya dan angkat.
TERIMA KASIH: MOHD FAIZ BIN RAMLI DARI GOMBAK, SELANGOR
FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Teresek Jantung Pisang. Rasa Sedap, Masak Pun Mudah

Teresek Jantung Pisang. Salah satu juadah tradisional kegemaran ramai terutamanya di negeri Kelantan. Dihasilkan dari jantung pisang yang dimasak bersama serbuk kari dan juga ramuan-ramuan lain. Memang sangat sedap. Terasa pedas, masin dan manis yang seimbang, memang tak jemu makan. Biasanya lauk ini dimakan bersama nasi putih hangat. Nak cuba? Saudari Suhasnida Ismail ada kongsikan resipinya.
CARA MASAK TERESEK @TRESEK JANTUNG PISANG

BAHAN A: REBUS DAN TOS
1 biji jantung pisang
1 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Air secukupnya
BAHAN B: KISAR DAN TUMIS
3 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1 hiris kunyit
1 sudu teh biji ketumbar – beli online disini
BAHAN-BAHAN LAIN:
Minyak masak
Ayam bahagian kaki, hati, pedal dan seangkatan (bahagian bertulang)
130ml santan pekat – beli online disini
Secubit asam jawa – beli online disini
2 cawan air
3 sudu makan rempah kari – beli online disini
1 sudu makan rempah gulai kawah – beli online disini
1 biji bawang holland – hiris
Kerisik secukupnya
Cili padi hijau secukupnya
BAHAN PERASA:
2 sudu teh penuh garam
2 sudu teh gula
1/2 keping nisan Kelantan @ gula melaka – beli online disini
1/2 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Hiris dan rebus dahulu jantung pisang bersama garam dan gula hingga lembut. Kemudian toskan.


2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar.


3. Masukkan rempah kari dan rempah gulai kawah. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan air jika rempah terlalu pekat bagi mengelakkan ia hangit.


4. Seterusnya masukkan air asam jawa dan ayam. Masak sampai empuk.


5. Masukkan garam , kerisik dan serbuk perasa. Gaul sebati.



6. Seterusnya masukkan santan dan hirisan jantung pisang yang telah di toskan tadi.


7. Kacau sebati dan masukkan hirisan bawang holland serta cili merah hijau. Kacau hingga semua bahan masak sekata.

8. Teresek Jantung Pisang siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Suhasnida Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Gabungan Ikan Percik & Kerabu Jantung Pisang Membuka Selera

Menu yang paling lazat dan boleh membuka selera makan tengahari, gabungan ikan percik dan kerabu jantung pisang.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, memang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai menu lauk kampung.
IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembong saiz besar 3 ekor (disiang bersih & dilumur kunyit dan garam)
1 biji kelapa (diambil santan pekat)
1 sudu besar halba – beli online di sini
½ keping gula melaka – beli online di sini
Garam & gula
Perasa
2 asam keping – beli online di sini
½ sudu besar tepung ubi ( memekatkan kuah & bagi kuah kita berkilat nampak cantik) – beli online di sini
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
BAHAN KUAH PERCIK:
4 biji bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci kunyit – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
6 cili kering (dibuang biji & direndam dengan air panas) – beli online di sini
2 batang serai (1 batang diketuk dan 1 batang dimayang nipis untuk dikisar) – beli online di sini
Belacan sebesar hujung jari (sedikit je lah)

CARA MASAK:
1. Kisar semua bahan kuah percik (termasuk tepung ubi) kecuali serai yang diketuk. Kemudian masukkan santan, panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan serai yang diketuk. Kena selalu kacau. Apabila mendidih, masukkan bahan kisar. Kacau bagi sebati.
3. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat. Masukkan garam, gula melaka, asam keping dan perasa.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil sampai kuah pekat (kena selalu kacau ya). Masukkan halba, kacau. Dah pekat, tutup api.
5. Bakar ikan kembong (saya guna dapur arang kerana aromanya yang wangi) biar dia setengah masak.
6. Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang elak ikan hangus).
7. Bakar sampai ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali). Siap. Bila nak hidangkan, boleh masukkan ikan dalam kuah percik.
KERABU JANTUNG PISANG

BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dipotong dan direndam air garam kemudian direbus hingga empuk. Masukkan asam keping ketika merebus
2 cawan kelapa parut muda
3 ekor ikan selayang | dibakar atau rebus & diambil isi
1 genggam ikan bilis | digoreng ranggup – beli online di sini
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam – beli online di sini
1 batang serai | ditumbuk halus
5 biji cili padi | dihiris nipis – beli online di sini
1 biji limau nipis
Garam & gula secukup rasa
Perasa
3 batang kacang panjang | dipotong kecil
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Tumbuk lada hitam hingga lumat diikuti oleh bawang merah dan putih. Ambil isi ikan dan tumbuk sekali. Ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan kelapa parut tadi. Gorengkan hingga airnya kering. Jangan sampai bertukar warna.

3. Kemudian ambil satu bekas atau mangkuk, masukkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi dan juga kelapa. Gaul bagi rata dan sebati.
4. Kemudian, masukkan jantung pisang yang direbus tadi. Gaul bagi sebati. Masukkan garam dan gula.
5. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan cili padi dan perah limau nipis.Siap untuk dimakan.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Koleksi Resipi Masakan Sotong Yang Sedap, Mudah & Cepat Siap
Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




















