
Teknik Brine Ayam
Kalau biasa kita buat ayam goreng kunyit cuma lumur kunyit dan garam sebelum goreng, apa kata tukar sedikit cara dengan menggunakan teknik brine ayam goreng pula.
Teknik ini sebenarnya sangat mudah tetapi hasilnya memang berbeza. Ayam yang direndam dalam larutan air garam dan gula sebelum digoreng akan jadi lebih berperisa, garing di luar namun kekal juicy di dalam.
Ramai yang tak tahu bahawa teknik brine ayam goreng ini sebenarnya digunakan oleh kebanyakan chef untuk memastikan isi ayam tidak kering atau keras selepas digoreng. Hasilnya memang luar biasa sedap.
Teknik brine ayam goreng membantu air dan perasa meresap masuk ke dalam isi ayam dengan lebih sekata. Sebab itu ayam akan kekal lembap walaupun digoreng lama.
Selain itu, teknik ini juga membuatkan tekstur ayam lebih lembut dan rasa masin manis menjadi lebih seimbang. Ayam goreng kunyit biasa pun boleh bertukar jadi lebih premium hanya dengan langkah mudah ini.
Bukan itu sahaja, ayam juga akan nampak lebih berkilat dan menyelerakan selepas digoreng.
Mula-mula cuci bersih ayam yang telah dipotong dan toskan sekejap supaya air berlebihan keluar.
Masukkan 1 setengah sudu besar garam dan 1 sudu besar gula ke dalam 1 liter air. Kacau sehingga semuanya larut sepenuhnya.
Selepas itu, ambil ketulan ayam yang hendak digoreng dan masukkan ke dalam larutan tersebut.
Pastikan semua bahagian ayam tenggelam supaya teknik brine ayam goreng ini dapat berfungsi dengan sempurna.
Biarkan ayam direndam selama 1 hingga 2 jam. Namun untuk hasil yang lebih sedap dan juicy, sebaiknya rendam semalaman dalam chiller.
Sebelum goreng, bilas dahulu ayam yang direndam tadi. Kemudian barulah dilumur dengan sedikit garam dan kunyit seperti biasa.
Panaskan minyak dengan secukupnya dan goreng ayam menggunakan teknik deep fry supaya ayam tenggelam sepenuhnya di dalam minyak.
Kaedah ini membantu ayam masak sekata dan menghasilkan tekstur luar yang lebih rangup.
Hasilnya memang berbeza berbanding ayam goreng biasa. Isi ayam akan jadi lebih juicy, lembut dan tidak kering walaupun selepas sejuk.
Malah teknik brine ayam goreng ini juga sesuai digunakan untuk ayam goreng bersalut tepung, ayam spicy dan pelbagai jenis ayam goreng lain.
Kalau belum pernah cuba, memang wajib test sendiri di rumah. Sekali cuba memang susah nak kembali kepada cara biasa.
Selamat Mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: