Makan

Teknik Bakar Biskut Raya Guna Kuali ‘Legend’, 10 Minit Dah Masak

Share

Bakar biskut raya guna kuali memang boleh sangat. Sebabnya tak semua rumah ada oven untuk buat kuih raya, mungkin juga ada tapi dah rosak. Jika hati membuak nak buat kuih raya sendiri, inilah caranya.

Teknik bakar biskut dalam kuali ini dikongsi oleh MakChu Noor. Apa yang diperlukan cuma kuali besar, redai dan penutup periuk. Caranya boleh ikut panduan yang diberi, insya-Allah kuih akan masak elok.

1. Masukkan redai dalam kuali besar (kuali legend yang tebal) dan tutup kuali guna penutup periuk. Panaskan sekejap kuali.

2. Kemudian masukkan loyang yang diatur dengan biskut di atas redai dan tutup kuali untuk mula membakar. Boleh tindih penutup periuk dengan objek berat untuk elak haba panas keluar (guna lesung pun boleh).

3. Untuk loyang pertama bakar selama 20 minit dulu. Loyang seterusnya bakar selama 10 minit.

Ujar wanita ini, teknik ini digunakan untuk membakar biskut kacang mazola. Rasanya tak berubah, tetap sedap hingga dijadikan jualan yang jadi punca rezekinya.

Sumber: MakChu Noor

 

IKLAN