Tauhu Berlauk Sambal Kicap, Kukus Dulu Barulah Lebih Sedap

Share

Sedap Tauhu Berlauk ni. Cicah pula dengan Sambal Kicap, lagilah padu. Petua untuk rasa lebih kaw, tauhu haruslah dikukus dahulu baru dicelup telur dan digoreng. Memang padulah rasanya. Terbuat banyak? Boleh juga sejukbekukan dan goreng bila-bila yang diperlukan. 

Boleh juga dijadikan bekal anak ke sekolah, bekal ke pejabat ataupun dijadikan menu potluck. Jom cuba resipi Tauhu Berlauk perkongsian saudari Norishah Nordin ni. Pasti puas hati. 

 

CARA MEMASAK TAUHU BERLAUK SEDAP

BAHAN-BAHAN :

  • 4 keping tauhu
  • 2 tiub tauhu telur
  • Daging Kisar – (goreng tanpa minyak. Tak goreng dulu pun tidak mengapa)
  • 2 biji telur
  • Lobak merah – hiris halus
  • Daun sup – hiris halus
  • Daun bawang – hiris halus
  • Cili merah – hiris halus
  • Serbuk Lada sulahbeli online disini
  • Serbuk Lada hitam beli online disini
  • Garam
  • Serbuk perasa

CARA MEMASAK :

1.Kisar tauhu, tauhu jepun dan telur hingga halus.

2. Kemudian satukan kesemua bahan kisar dengan daun sup, daun bawang, lobak merah, cili merah yang telah dihiris halus. Gaulkan kesemuanya.

3. Masukkan daging kisar.

4. Masukkan serbuk perasa, garam, serbuk lada sulah lada hitam. Gaulkan hingga sebati.

5. Masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 20-30 minit.

6. Keluarkan dari pengukus dan biarkan sementara. Boleh disejukbekukan atau goreng terus.

7. Jika mahu terus dinikmati, celupkan tauhu dengan telur untuk digoreng. Siap dan sedia dinikmati bersama Sambal Kicap.

 

RESIPI SAMBAL KICAP JOHOR

BAHAN-BAHAN:

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Sedikit gula
  • Kicap

CARA MEMASAK :

  1. Tumbuk cili padi, bawang putih, gula hingga lumat.
  2. Akhir sekali, masukkan kicap. Sebatikan.

 

Kredit resipi & foto: Norishah Nordin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=I0yIvruI7wI

 

IKLAN