Tapai Pulut Sedap. Sesuai Jadikan Pemanis Mulut Raya!

Share

Tapai adalah beras pulut yang sudah mengalami proses penapaian. Cuba resepi tapai pulut yang mudah dan ringkas ini.

TAPAI PULUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras pulut
  • Ragi
  • Daun pisang (boleh gantikan dengan daun getah)
  • Plastic Wrap
  • Lidi

 

CARA MEMASAK:

1. Cuci beras pulut hingga bersih. Rendam sebentar.

 

2. Masukkan pulut dalam kukusan (bekas pengukus).

 

3. Selepas dikukus masukkan dalam bekas/besen tuk diuli.

 

4. Lepas tu masukkan dalam kukusan sekali lagi.

 

5. Kukus untuk kedua kali.

 

6. Sepas tu angkat dan letakkan di dalam bekas/talam biarkan pulut sejuk.

 

7. Selepas setengah atau 1 jam (pastikan pulut betul-betul sejuk) masukkan ragi. Ragi kena tapis atau dan tabur di semua permukaan pulut.

 

8. Selepas itu terbalikkan pulut untuk tabur ragi di bahagian yang belum ditabur lagi.

 

9. Daun pisang mestilah dilap terlebih dahulu dengan kain bersih.

 

10. Ambik sudu dan letak atas daun terpulang letak berapa banyak.

 

11. Selepas itu bungkus tapai tu dan ketipkan dengan lidi.

 

12. Gunting bahagian hujung tapai untuk lebih rapi.

13. Daun getah jugak boleh dipakai.

 

14. Akhir sekali masukkan tapai ke dalam bekas/besen besar dan tutupkan dengan lebihan2 daun pisang sebelum diikat dengan kain sarung/selimut/pelikat/selendang. Biarkan sehari semalam tanpa diganggu dan lihat hsilnya.

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Redzuan Abd Manaf

IKLAN