Mesti ramai yang stress kan bila tanaman tanaman tak menjadi. Tiba-tiba je semangat berkebun boleh jadi down teruk!
Ada juga pokok cili jadi kerinting. Mungkin ada yang tak tahu, macam mana pokok cili boleh jadi kerinting?
Menerusi perkongsian daripada Azuan Abdullah ini, menjelaskan 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting iaitu thrip, afid, lalat putih dan hamama.
Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus.
Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control”.
Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili di rumah daripada jadi kerinting.
Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni. “Instant Control” ni anda boleh sendiri saja di rumah.
Ia sangat bagus dan berkesan. Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita je.
PETUA BUAT RACUN ORGANIK BUATAN SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
1kg atau 1 bahagian bawang putih | pastikan bawang putih dibuang kulit ya – beli online DI SINI 1 kg @ 1 bahagian cili api – beli online DI SINI 1 ketul @ 100 gram sabun buku cap buruh/kapak 10 liter @ 10 bahagian air
1. Masukkan bawang putih ke dalam pengisar. Isikan air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter). Kisar sampai hancur.
2. Tapis bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas tu sebagai Bekas A. * Ulang kisar dan tapis hingga bawang putih habis.
3. Masukkan cili ke dalam pengisar. Tangkai tak perlu buang ya. Tambah air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter). Kisar sampai hancur.
4. Tapis dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas ni sebagai Bekas B. * Ulang proses kisar dan tapis hingga cili padi habis.
5. Ricik sabun buku halus-halus. Tujuannya supaya nak cepat hancur bila kita rebus nanti.
6. Masukkan air ke dalam periuk (air dari stok 10 liter) Panaskan air hingga mendidih.
7. Bila air dah mendidih, masukkan semua sabun tadi. Kacau hingga semuanya hancur.
8. Bila dah hancur. Tuangkan air sabun tadi ke dalam bekas C. Tambahkan baki air (daripada 10 liter, jika ada). Tuangkan semua cecair bawang putih dari Bekas A ke dalam Bekas C.
Ads
9. Tuangkan semua cecair cili api dari Bekas B ke dalam Bekas C. ** Proses campuran ini kena cepat sebab larutan sabun akan jadi pekat dan keras bila dah sejuk dalam keadaan kepekatan yang tinggi.
10. Kacau campuran tadi hingga sebati.
11. Yeay. Dah siap “carrot susu” ni. Boleh guna terus ya, tak perlu nak peram bagai. Untuk simpanan, letak di tempat redup dan terlindung daripada cahaya matahari. Boleh tahan 6-12 bulan.
12. Gambar yang dilihat di bawah mikroskop. Afid @ kutu daun jadi pecah perut dan kering. Kredit kepada Sifu saya, Tuan Ahmad Saif. Beliau yang buat pemerhatian ini.
CARA GUNA PADA POKOK TIMUN:
*20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air. Boleh juga dicampurkan bersama dengan:
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air
Tambahkan 2ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat. Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.
*20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air. Boleh juga dicampurkan bersama dengan:
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat.
CARA GUNA PADA POKOK LIMAU KASTURI:
*20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air. Boleh juga dicampurkan bersama dengan:
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air
Tambahkan 2ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat. Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.
Sembur 2 hari sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3-5 hari direct.
Bila tibanya waktu gaji, pasti ramai yang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah terutamananya barangan dapur. Namun ada ketikanya terlebih bajet juga dibuatnya. Maklumlah, setiap lorong yang dilalui, ada tertera barangan harga diskaun dan harga murah. Memang goyah iman! Kadang kala, barangan yang tak perlu pun kita ‘terbeli’ dek terpengaruh dengan label ‘berhantu’ ni. Bila pulang ke rumah, datang pula rasa menyesal sebab dah ‘over spend’ duit untuk bulan ni.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini terjadi, kami kongsikan 5 panduan yang boleh dicuba tatkala keluar membeli belah barangan dapur anda. Moga bermanfaat!
1. Buat Anggaran Belanjawan Bulanan
foto: alibaba
Pertama, sebelum berbelanja barang dapur, tentukan anggaran belanjawan yang anda perlu keluarkan untuk bulan tersebut. Mungkin setiap bulan, jumlahnya berbeza bergantung kepada situasi.
Sebagai contoh, bulan November anda dan keluarga setiap masa berada di rumah. Jadi, perbelanjaan barang dapur yang perlu dibeli adalah RM300. Bulan DIsember pula, 2 minggu anda dan keluarga bakal pergi bercuti. Jadi, perbelanjaan boleh dikurangkan dan begitulah seterusnya. Lebihan duit tersebut boleh digunakan untuk menampung bahagaian-bahagian perbelanjaan lain atau disimpan.
2. Bawa Duit Cukup-Cukup
Jika ke pasaraya dan bawa wang tunai dengan banyak, memang berbahaya. Selain risau disamun atau dirompak, anda juga mempunyai potensi untuk berbelanja lebih dengan membeli barangan yang tidak sepatutnya. Biasanya, bila dah dapat gaji, anda akan mengasingkan siap-siap duit belanja dapur dan lain-lain. Jadi, bawa sahaja wang yang telah diperuntukkan itu. Barulah anda akan membeli belah dengan lebih berhati-hati.
3. Kunjungi Kedai Yang Paling Banyak Beri Keuntungan
Terdapat banyak tempat membeli barangan dapur yang anda boleh tuju dan setiap satu daripadanya pasti ada cara tertentu untuk menarik pelanggan datang. Pilihlah pasaraya yang paling banyak memberi manfaat pada anda seperti menawarkan harga barangan runcit pada harga borong, mata ganjaran dalam setiap pembelian dan sebagainya.
4. Beli Secara Online
Membeli-belah di hujung jari. Kini ada banyak pasaraya yang menawarkan perkhidmatan belian secara online serta perkhidmatan penghantaran. Oleh itu, anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk membeli belah barangan keperluan dapur anda. Sangat sesuai digunakan oleh kaum-kaum ibu yang sibuk bekerja. Boleh jimat masa dan minyak kereta.
5. Bawa senarai semak bercetak
Amalkan kaedah membawa senarai semak setiap kali keluar membeli barangan dapur. Hanya beli barangan yang tertera sahaja supaya jumlahnya cukup-cukup dengan duit yang dibawa. Selain mengelakkan anda berbelanja lebih, ia juga membantu anda supaya tidak perlu ulang-alik ke pasaraya beberapa kali kerana ada barang yang terlupa dibeli.
Kaedah ini juga sangat bagus kerana ia juga boleh membantu anda merekod barangan apa yang telah dibeli. Kadang-kala kita lupa barangan yang ada kerana tersorok di dalam kabinet. Bila dah jumpa, rupanya dah tamat tempoh. Rugi tu.
Selamat mencuba! Jika info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan anda juga.
Kalau ke Cameron Highland, memang geram lihat buah-buah strawberi yang merah menyala tu. Kalau ada peniaga jual borong, lagilah rasa nak beli semua. Cuma masalahnya buah strawberi ni tak tahan lama. Beli banyak tapi bila sampai dekat rumah, alahai…tak boleh simpan lama pula.Walaupun simpan dalam peti sejuk, sehari dua buah akan jadi lembik, berkulat dan benyek. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk simpan buah strawberi ni supaya boleh tahan samapi 2 minggu. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Buah strawberi
2 liter air
4 sudu teh garam kasar
CARA-CARA:
1. Keluarkan strawberi dari bekasnya. Buang buah yang busuk dan kotoran yang ada pada buah.
2. Basuh bersih buah menggunakan air paip yang mengalir. Toskan.
3. Dalam bekas berlainan, masukkan air dan garam. Kacau hingga garam larut.
4. Masukkan buah strawberi tadi ke dalam air garam. Pastikan tenggelam.
5. Toskan sekali lagi dengan letak buah satu persatu dalam penapis. Elakkan tuang sekaligus semua sekali kerana buah ini cepat lebam dan berair.
6. Ambil tisu dan lap buah bagi mengeringkan lebihan air.
7. Letak buah dalam bekas asalnya dan simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Hasilnya buah strawberi boleh tahan selama 1-2 minggu.
Sakit lutut ni bukan orang berumur, nenek atuk je yang kene taw..Yang umur 40an atau yang lebih muda pun kadang-kadang boleh sakit lutut. Ia boleh mengganggu aktiviti seharian dan menyebabkan pergerakan terbatas. Jom cuba petua ni, mana tahu serasi. In Sha Allah.
BAHAN-BAHAN
2 biji epal hijau didadukan
4-5 batang serai diketuk (kalau besar guna 3 sudah memadai)
1 batang kayu manis ceylon (patah patahkan)
5 gelas air
CARA PENYEDIAAN
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.
Minum masa suam suam. 2 kali sehari. Nak minum setiap hari pun boleh, nak minum 2 atau 3 kali seminggu pun boleh.
Epal boleh dikunyah jika suka.
Jom kita lihat khasiat bahan-bahan yang digunakan.
KHASIAT BAHAN
KAYU MANIS CEYLON
anti radang bagus untuk sendi
kurangkan kolestrol
kurangkan selera makan
merawat senggugut
kuatkan antibodi
merawat kencing manis
merawat jangkitan pundi kencing
SERAI
anti radang, bagus untuk sendi
bantu proses penghadaman
buang toksin dalam badan
anti kanser
pecahkan lemak
merawat kencing manis
EPAL HIJAU
mencegah sakit sendi
menguatkan tulang
kaya dengan fiber
kaya dengan mineral, iron, copper, zink, magnesium, potassium vitamin A, B, C
melancarkan darah
kaya dengan antioksidan
INFO: Kalau ada penyakit tekanan rendah, berbadan dua dan ambil ubat pencair darah TIDAK DIBENARKAN pengambilan ni ya..