Sebagai penduduk kampung yang ada halaman rumah, sayang jika tanah terbiar kosong. Wanita yang dipanggil Mak Mie ini menanam banyak herba di rumahnya termasuklah temulawak.
Mempunyai banyak rumpun pokok temulawak di tepi rumah, dia memang gemar menikmati herba temulawak ini sebagai ulam ketika makan nasi.
“Asalnya pokok temulawak ini diberikan oleh jiran. Saya tanam dan sekarang ada banyak rumpun. Apabila sudah semakin tinggi daunnya, saya korek dan ambil buahnya di bahagian akar. Saya tak ambil semua sebab ada yang tanam semula supaya pokok temulawak ini sentiasa ada,” katanya.
Temulawak warna dan bentuknya seperti halia. Baunya juga sedikit harum. Apabila dimakan, rasanya seperti kulit mangga. Tidak pedas seperti halia.
Mak Mie memberikan 7 khasiat herba temulawak yang patut kita tahu:
1) ELAK SEMBELIT
Jadikan temulawak sebagai ulam ketika makan nasi. Serat yang ada dalam temulawak sangat bagus untuk atasi masalah sembelit.
2) TAMBAH TENAGA
Temulawak ada khasiat untuk tambah tenaga. Sama ada dimakan mentah begitu sahaja ataupun dikisar menjadi jus. Boleh diminum untuk mendapatkan tenaga bagi melancarkan aktiviti harian.
3) BANTU MASALAH SENDI
Bagi anda yang aktif, boleh jadikan temulawak sebagai herba sebagai pengambilan harian. Temulawak anda manfaat untuk kebaikan sendi.
4) BANTU TURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Satu lagi khasiat temulawak adalah bantu masalah kolesterol. Cubalah amalkan temulawak sebagai ulam atau minuman. Insya-Allah.
5) REDAKAN ANGIN DALAM BADAN
Jika anda selalu kembung perut disebabkan angin , boleh juga cuba redakan dengan mengambil temulawak dalam diet harian. Jadikan ulam atau jadikan jus untuk diminum.
6) KURANGKAN MASAKAN JERAWAT
Pernah buat masker jugakan tumbuh-tumbuhan? Cubalah kisar temulawak bercampur dengan sedikit air. Kemudian jadikan masker. Pakai nipis-nipis.
7) KULIT WAJAH AWET MUDA
Selain bantu kurangkan masalah jerawat, temulawak juga bantu meremajakan kulit.
Nah, inilah tujuh manfaat herba temulawak. Bagi anda yang ada tanah di tepi rumah, bolehlah cuba tanam ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI