Tambah Tepung Jagung. Ini Rahsia Buat Dadih Sedap Tanpa Guna Serbuk Segera

Share

Sedapnya kalau dapat makan dadih sejuk. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Sekali buat, dapat 9 cawan dan boleh letak macam-macam perasa. Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Nur Haziqah ini.

 

CARA MUDAH BUAT DADIH HOMEMADE SEDAP

BAHAN-BAHAN:
150gm gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Sukatan ini manis sedang-sedang sahaja)


20gm serbuk agar-agar beli online disini
1 sudu makan tepung jagung beli online disini
1 sudu teh garam
1 liter susu segar / susu kotak beli online disini
500ml air
Perasa pilihan ikut cita rasa ( empunya resipi guna serbuk koko dan 1/2 paket serbuk nescafe 3 in 1)

CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut. Guna api perlahan sekejap sehingga agar-agar larut kemudian baru guna api besar sampai mendidih.

2. Bila agar-agar sudah larut, tapiskan. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. Tidak perlu masak bila lepas masukkan susu.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perisa kesukaan. Empunya resipi buat tiga perasa iaitu perasa susu, koko dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan 1/2 paket sahaja. Kalau masukkan satu pakett nanti manis sangat.

4. Masukkan campuran dadih ke dalam cawan dan biarkan sejuk.

5. Bila sudah sejuk, tutup cawan dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam.

6. Dadih homemade yang sedap sudah siap untuk dimakan.

7. Dadih ini bahagian bawahnya tidak berjeli. Kalau guna serbuk dadih paket, bawah akan berjeli.

8. Hasilnya. Dadih tidak cair dan tidak keras. Gedik-gedik macam puding sedut tu.

Kredit resipi & foto: Nur Haziqah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN