Tako Keladi Lemak Manis, Enak Dimakan Ketika Sejuk

Share

Sama seperti membuat tako pandan dan jagung sebab tak ada sengkuang cina kebetulan ada keladi, buatlah Tako keladi. Sediakan dulu acuan guna daun pandan atau cawan dadih.


Tako keladi
Lapisan bawah.
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan keladi potong dadu kecil-kecil dikukus /rebus


4 cawan santan air + 1 cawan santan cair. Kalau tak nak guna santan boleh guna air saja.
Sedikit garam
Pes keladi
Pewarna ungu
1 1/4 cawan gula. (tak nak manis, kurangkan)

Cara membuat:

1.Adun semua bahan kecuali keladi. Tapis. Kacau atas api.Likat dan mletup-letup, angkat letak dalam acuan yang siap dah letak keladi.

Lapisan atas
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan. Saya guna 1 kotak santan kecil kara + air. Jadikan 4 cawan.


Sedikit garam

Cara membuat:
1.Adun semua dan tapis. Kacau atas api perlahan-lahan.Sentiasa kacau sampai likat dan meletup-letup. Angkat. Tuang atas adunan ungu tadi.
Sedap makan sejuk-sejuk.


Kredit: Badariah Abdrahman

IKLAN