Tak Tahu Nak Masak Apa? Boleh Ikut Resipi Lelaki Ini, Memang Terangkat!

Share

Orang kata, lelaki ni kalau dah masuk dapur, air tangan dia tu jarang tak sedap. Memang sedap dan boleh bertambah-tambah nasi! Padahal menu lauk sama dengan mak-mak kita masak.

Haa, siapa di sini macam ni? Kalau anak-anak pula, silap haribulan lagi suka ayah yang masak daripada mak. Betul tak?

Melalui perkongsian reseipi daripada Wan Iskandar ini, menunya nampak menyelerakan walaupun jenis yang simple. Tapi yang simple tu lagi sedap kan?

AYAM GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN PERAP:
Isi ayam | dipotong kecil-kecil
Garam
Kunyit – beli online di sini
Tepung jagung – beli online di sini
Cili giling – beli online di sini
*Gaul hingga sekata. Biar selama sekurang-kurangnya ½ jam.

BAHAN LAIN:
Kacang panjang | dipotong
Bawang holland | dihiris


Cili merah besar | dihiris

CARA-CARA:

1.Panaskan minyak. Masukkan ayam yang telah diperap. Goreng sehingga warna keemasan.


2. Kemudian, masukkan kacang panjang, cili dan bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.


3.Boleh angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

 

AYAM GORENG RANGUP BERLADA

BAHAN-BAHAN:
Ayam
Serbuk kunyit 
Garam
Tepung ubi – beli online di sini
Tepung jagung – beli online di sini
Bawang merah – beli online di sini 
Bawang putih – beli online di sini
Lada kering – beli online di sini 
Secubit belacan

CARA-CARA:

1.Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit, garam, tepung ubi kayu dan tepung jagung.


2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga rangup. Angkat dan toskan. Ketepikan.


3.Goreng bawang merah, bawang putih sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.


4. Potong lada kering dan basuh. Kemudian, goreng sehingga kelihatan lembut, angkat dan toskan. Ketepikan.


5. Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering, secubit belacan dan garam sehingga halus.


6. Tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kalau nak lagi sedap, boleh masukkan gula melaka. Kalau tiada pun tak apa.


7. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sekata selama 2-3 minit. Siap untuk dihidangkan.

 

UDANG MASAK SOS

BAHAN-BAHAN:
Udang
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari – beli online di sini
Sos tiram – beli online di sini
Sos cili – beli online di sini
Sos tomato – beli online di sini
Cili merah (optional)

CARA-CARA:

1.Lumur udang dengan kunyit dan garam. Kemudian, goreng udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.


2. Goreng garing bawang putih, merah dan daun kari. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.


3. Letak sedikit air dan kacau lagi hingga sekata. Masukkan garam secukup rasa dan cili. Gaul lagi.


4. Masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau rata. Akhir sekali, taburkan cili merah. Siap untuk dihidangkan.

 

DAGING MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:
Daging
2 sudu teh sos cili
2 sudu teh sos tomato
2 sudu teh sos tiram
¾ sudu kicap manis – beli online di sini
Bawang putih
Bawang merah
Halia – beli online di sini
Cili besar merah/hijau

CARA-CARA:

1.Lumur daging dengan serbuk kunyit dan garam.


2. Panaskan minyak. Masukkan daging, bawang putih, bawang merah dan halia.


3. Goreng sehingga daging keluarkan air. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga daging kelihatan sekata dan lembut.

4. Akhir sekali, masukkan cili besar. Kacau lagi. Dah siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi: Wan Iskandar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN