Tak Sangka Sedap Dodol Kukus, Senang Pulak Tu Membuatnya.

Share

Dah lepas raya pun masih tak dapat rasa dodol, jangan susah hati, anda boleh buat sendiri dan jangan risau kena berpeluh mengacau dodol. Penyelesaiannya anda buat Dodol Kukus, ia lebih senang, cepat dimasak dan rasa pun sedap. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.


DODOL KUKUS
BAHAN-BAHAN

2 1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 cawan tepung pulut biasa
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan

Secubit garam
Daun pisang secukupnya | layurkan
Sedikit minyak
Bahan Tahi Minyak :
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam garam halus

  • Campurkan kedua bahan ni dan masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga menjadi tahi minyak dan berwarna kekuningan.
  • Tutup api dan ketepikan.

CARA MEMASAK:
1. Sediakan mangkuk, adun semua bahan hingga rata.
2. Gunting bentuk bulat daun pisang lebih kurang 4-5cm kemudian sapu sedikit minyak.


3. Susun daun pisang dalam pengukus, kemudian tuangkan adunan tepung pulut di atasna.
4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak dalam pengukus yang sudah sedia dipanaskan.
5. Ketika masih panas taburkan tahi minyak di atasnya.
6. Setelah sejuk, dodol sedia dihidangkan.

INFO: Jika sukar mendapat tepung pulut hitam, boleh gunakan tepung pulut biasa sahaja tapi anda kena campurkan gula merah atau gula Melaka dan kurangkan gula putih. Ikut citarasa kemanisannya.

Lagi resipi berkaitan:

https://www.rasa.my/teringin-makan-lepat-liat-utara-ini-cara-membuatnya/
https://www.rasa.my/cara-buat-pulut-lemak-serunding-yang-sedap-mudah/
https://www.rasa.my/kuih-lopes-kena-dengan-air-gula-melaka-comfirm-sedap/
https://www.rasa.my/sedapnya-puteri-mandi-ni-hanya-guna-tiga-bahan-je-nak-buatnya/
https://www.rasa.my/cara-mudah-buat-ketupat-palas-lemak-kelantan-yang-sedap/

IKLAN