Tak Sampai 5 Minit Dah Siap, Resipi Mudah Sambal Penyet/Gesek

Share

Siapa di sini suka dengan konsep masakan kedesaan Indonesia, mesti suka dengan resipi sambal penyet/gesek.

Sambal penyet dihidang bersama tempe, tauhu dan petai goreng. Memang sedap makan bersama dengan ikan goreng dan sup sawi.

Jom kita cuba resipi mudah daripada Zurina Zulkefli ini.

 

SAMBAL PENYET/GESEK

BAHAN-BAHAN:

½ biji tomato (saya beli yang besar, jadi guna separuh) – beli online di sini


Segenggam lada kecil
1 biji cili besar – beli online di sini
1 biji bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
Sedikit belacan
Minyak masak – beli online di sini
Garam

TONTON Sizzling Yee Mi | Dapur Rasa Live

TONTON Makaroni Ulam BakarProjek Air Tangan Emas Bersama Maggi

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dalam kuali kecil dan masak kesemua bahan sehingga lembik.


2. Sesudah goreng, toskan dari minyak masak dan penyet di atas lesung gesek.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Tambahkan garam dan tuang sedikit lebihan minyak di dalam kuali tadi. Sebatikan, siap.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Boleh perah jus limau mengikut citarasa.

5. Tempe, cuma rendam dalam air asam jawa kemudian langsung goreng.
6. Ikan pelaling, goreng garing-garing, baru sedap gaul dengan nasi.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN