Tak Rugi Masak Ayam Serai Thai Ni, Sedap Padu.

Share

Masakan Thai tidak lari dari menggunakan bahan seperti serai dan daun limau purut sebagai penambah aroma dalam masakan. Antaranya dalam resipi Ayam Serai Thai ini, menu agak simple tapi rasa tidak mengecewakan. Sesuai untuk mak-mak yang sibuk dan gerenti anak-anak sukannya.

AYAM SERAI THAI
BAHAN-BAHAN:

6 kepak ayam | buang hujung sayap dan potong dua.
1 sudu the serbuk kunyit
Sedikit garam
2 batang serai | ketuk
5 helai daun limau purut | buang tengahnya gunting halus
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan


1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi | ambil.jusnya
BAHAN KISAR:
5 biji cili besar

6 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan serai dan daun limau purut.
  3. Kacau rata masukkan kiub ayam.
  4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi.
  5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
  6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Kredit : Suriati Silad

IKLAN